Sunday, January 29, 2006

Perbincangan SBP-Persatuan Kriket Malaysia

Kuala Lumpur 25 januari: Untuk merealisasikan Kejohanan Kriket SBP tahun 2006 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung April 2006 di SDAR, satu perbincangan awal telah diadakan antara Sektor SBP dan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bertempat di pejabat persatuan di Wisma OCM. Pertemuan ini adalah untuk mendapat khidmat nasihat mengenai pengendalian kejohanan kriket tersebut yang ingin diteruskan semula selepas tertangguh selama 6 tahun.
SBP diwakili oleh En Aidie bin Hj Jantan dan Hj Nor Azam Abdullah manakala MCA diwakili oleh Setiausaha Kehormatnya sendiri, En Sivanandan Chinnadurai, Sdr Ros Azaman Othman (Pengurus Kriket) dan Sdr Ramani Batumalai (Penolong Pengurus).
Dalam perbincangan selama 2 jam itu, pihak MCA telah memberikan komitmen mereka untuk membantu mengendalikan kejohanan dari sudut kejurulatihan, kepengadilan, kepegawaian dan peralatan. Satu kursus kejurulatihan juga akan cuba dilaksanakan dalam waktu yang terdekat.
Sektor SBP mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh MCA.

No comments: