Mohamed Farhan Hilman pelajar Tingkatan 1 BH mengharumkan SDAR dengan mewakili negara ke Bulgaria. Beliau merupakan peserta Tae Kwan Do ITF ( International Tae Kwan Do Faderation) yang akan mengambil bahagian dalam kategori micro di sana nanti. Pertandingan peringkat antarabangsa tersebut akan berlangsung dari 21 Julai - 1 Ogos 2006 dan akan disertai oleh peserta dari seluruh dunia. Menurut Adik Farhan, beliau telah 5 kali menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan di mana 3 adalah dalam kategori WTF dan 2 dalam kategori ITF di Malaysia.
Dilaporkan oleh Norazam bin Hj.Nayan
GPK Kokurikulum SDAR
1 comment:
hebatnya warga pelajar sdar, dengan menghantar seorang pelajar sahaja ke bulgaria..
syabas!
Post a Comment