Thursday, June 15, 2006

PEGAWAI WARAN I UNTUK PESERTA SDAR

SEREMBAN 14 JUN 2006 - Hari ini diumumkan di SDAR bahawa pelajar Muhammad Syalihin bin Abdul Samad telah menjawat jawatan tertinggi dalam Persatuan Kadet Remaja Sekolah sebagai Pegawai Waran 1. Jawatan ini diperolehi bukan melalui cara yang mudah. Beliau terpaksa melalui beberapa ujian dari segi mental dan fizikal di peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau memperolehi jawatan melalui Ujian Kenaikan Pangkat Pegawai Waran yang diadakan di Pulau Redang,Terengganu pada 18 hingga 25 Mei 2006 yang lalu. Negeri Sembilan menghantar 8 perserta manakala jumlah keseluruhan peserta dari seluruh Malaysia ialah seramai 115 orang. Latihan yang telah dijalankan termasuk ujian bertulis, ikhtiar hidup, aktiviti pengurusan stress, ujian ketahanan diri dan street orientaring.
Muhammad Syalihin berjaya menempatkan diri sebagai 5 terbaik peringkat kebangsaan dan peserta TERBAIK Negeri Sembilan melalui pungutan markah dari seramai 115 orang peserta yang terlibat. Warga SDAR berbangga dengan pencapaian pelajar ini dalam bidang badan beruniform.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Salleh Mohd Husein, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

DILAPORKAN OLEH:
NORAZAM HAJI NAYAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SDAR

No comments: