Thursday, July 20, 2006

Finale Wind Orchestra Berlangsung Gilang Gemilang

19 Julai - Rabu : Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh telah berlangsung dengan gilang gemilangnya malam tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussein beserta isteri.

Majlis diserikan lagi dengan dua persembahan selingan yang menonjolkan muzik tradisional yang berbeza iaitu dari Sierra Leone dan Siberia, Rusia.

Finale ini juga dihadiri oleh seribu delegasi seluruh dunia yang menghadiri Persidangan
Sedunia Persatuan Antarabangsa Pendidikan Muzik (ISME).

Lima finalis pada tahun ini ialah
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Para juri antarabangsa yang mengadili pertandingan ini amat kagum dengan kebolehan pelajar yang mengambil bahagian yang mencapai taraf antarabangsa. Keputusan finale adalah seperti berikut:

  • Johan: Sekolah Sultan Alam Shah
  • Naib Johan : Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Ketiga : Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban

manakala Konduktor Terbaik disandang oleh Adik Nur Rusleezah Ramly (Sekolah Seri Puteri). Jawatankuasa ISME 2006 telah bermurah hati untuk menghadiahkan Piala Pusingan bagi kategori ini.

Sektor SBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama menjayakan Finale Wind Orchestra 2006

No comments: