Wednesday, July 19, 2006

Finale Wind Orchestra SBP


19 Julai-Kuala lumpur. Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh ke-8 akan berlangsung pada malam ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Finale kali ini amat signifikan kerana diadakan bersempena dengan Persidangan Sedunia Pendidikan Seni Muzik (ISME).

Latar Belakang

Pertandingan Wind Orchestra SBP telah diadakan buat julung kalinya di Johor Baharu pada 1 dan 2 Ogos 1997. Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 18 buah SBP telah menyertainya. Seolah Tun Fatimah telah diberi penghrmatan sebagi penganjur. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Pertandingan kali kedua telah diadakan di Kuala Lumpur yang mana Sekolah Alam Shah dan Sekolah Seri Puteri telah diberi penghormatan sebagai penganjur bersama bagi menjayakan pertandingan tersebut. Hanya enam buah SBP telah mengambil bahagian, ini kerana tarikh pertandingan terlalu hampir dengan peperiksaan. Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan iaitu Tan Sri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh telah menjadi penganjur pertandingan buat kali ketiga dan yang pertama di alaf baru ini. Upacara Perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Abdul Rafie bin Mahat. Sebanyak 15 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.

Tahun 2002 hingga 204 menyaksikan Negeri Sembilan menjadi tuan rumah. Sekolah Dato' Abdul Razak diberi penghormatan menyambut kedatangan pasukan Wind Orchestra.

Sekolah Sei Puteri pula telah menjadi tuan rumah pertandingan Wind Orchestra pada tahun 2005 dan pertandingan awal Wind Orchestra 2006.

Pertandingan awal kali ini menyaksikan 18 pasukan Wind Orchestra bertandingan dan lima pasukan layak ke pertandingan akhir. Finale Wind Orchestra ke-8 2006 diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre sempena Persidangan Sedunia Pendidikan Seni Muzik (ISME) 2006.

Sekolah-sekolah yang layak ke Finale Wind Orchestra

1. Sekolah Dato' abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
2. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
3. Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu, Johor
4. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

No comments: