Thursday, October 05, 2006

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SESERI


21 September - Majlis Anugerah Kokurikulum SESERI telah diadakan pada 21 september serentak dengan Majlis Makan Beradap dan Sambutan Hari Lahir warga SESERI. Kedua-dua majlis yang telah dirasmikan oleh Yg Bhg Puan Ching Leng Sim @ Marina Chin bekas atlet negara berlangsung dengan meriah dan penuh bermakna kepada pelajar-pelajar SESERI. Pelbagai kategori anugerah telah diberi kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi menghargai penglibatan dan pencapaian mereka dalam aktiviti kokurikulum. Anugerah-anugerah yang diberi dalam Majlis tersebut ialah Anugerah Kepujian Kokurikulum, Anugerah Penghargaan Kokurikulum, Sijil Terbaik Kokurikulum, Anugerah Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Gemilang Kokurikulum, Anugerah Terbilang Kokurikulum, Tokoh Kokurikulum, Anugerah Khas Kokurikulum dan Anugerah Papan Kenyataan Paling Inovatif. 3 orang pelajar telah berjaya menggondol Anugerah Tokoh Kokurikulum mengikut bidang masing-masing iaitu Hani Nadhrah bt Zakaria (Anugerah Tokoh Persatuan dan Kelab), Noraini bt Idris (Anugerah Unit Uniform) dan Nabilah Huda bt Mohd. Razi (Kelab Sofbol). Anugerah Khas Kokurikulum pula diberikan kepada Kelab Kesenian dan Kebudayaan untuk kategori Persatuan dan kelab, Pasukan Kadet Polis untuk Unir Beruniform dan Pasukan Sofbol untuk Sukan dan Permainan. Anugerah Papan Kenyataan Paling Inovatif pula diberikan kepada Kelab Komputer. Majlis diteruskan pula pada jam 11.30 pagi dengan Majlis Makan Beradap dan Sambutan Hari Lahir di Dewan Makan Graha Puri. Di dalam Majlis ini guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG dan pelajar-pelajar yang menyambut hari lahir bulan September, Oktober, November dan Disember telah diraikan. Hadiah istimewa sumbangan PIBG juga diberikan kepada mereka yang meraikannya. Tahniah kepada warga SESERI yang telah berjaya menerima anugerah dan SELAMAT HARI JADI SEMOGA HIDUP DIBERKATI ALLAH.



disediakan oleh
Zubidah bt. Md. Yunos
PK KOKURIKULUM

No comments: