Thursday, October 05, 2006

Mission Kinabalu oleh pelajar SMSJ Kluang


Pada 1 November 2006 ini, lebih kurang jam 5:30 pagi, 4 orang pelajar SMSJ akan cuba mencipta sejarah sebagai pelajar SMSJ pertama tiba ke puncak Gunung Kinabalu dan mengibarkan bendera SMSJ di sana semasa masih berstatus pelajar. Mereka terdiri daripada Mohd Shukri b Zainuddin, Nurul Suriati bt Sapiee, Ruby Priscilla a/p Thongamaney dan Amirah Raihana bt Harris Fadzillah, kesemuanya pelajar Tingkatan 4.

Turut sama mengiringi mereka hingga ke puncak nanti adalah En Hamizer b Mohd Sukor (PK Kokurikulum SMSJ) dan En Sahnizam b Miswan (Pengerusi Kelab Bilik Guru SMSJ).

Ekspedisi ini adalah ditaja bersama oleh SAJOHA (SMSJ Old Boys Association), PIBG SMSJ, KEBIRU SMSJ bersama-sama syarikat-syarikat swasta seperti Syarikat AB Hali (pengusaha Dewan Makan), Pak Wan selaku pengusaha kantin SMSJ, Syarikat Jamson Kluang dan Kedai Buku Agensi Maju, Kluang serta Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kluang. Pihak Johor FM telah menyatakan hasrat untuk menyiarkan rakaman perbualan telefon antara kami dengan DJ bertugas di saluran radio mereka semasa di puncak nanti. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa juga penghargaan kami kepada pihak SMS Sabah kerana sudi menyediakan tempat tinggal dan makan bagi beberapa hari.

Doakan kejayaan kami!

No comments: