Sunday, April 29, 2007

Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan Ke-2 2007


Kota Bharu - 29 April 2007.

Kejohanan Kriket Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Ke-2 2007 telah berlangsung pada 26 - 29 April 2005 di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kejohanan ini mempertemukan 10 pasukan terhandal peringkat kelima-lima Zon SBP, iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur dan SQL.

Zon Utara diwakili oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) yang merupakan Johan Zon. Mengiringi pasukan itu adalah SMS Teluk Intan (SEMESTI) yang menduduki tempat kedua untuk Zon berkenaan. Zon Tengah diwakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). SMS Kota Tinggi (SAKTI) dan SMS Tuanku Jaafar (STJ) pula mewakili Zon Selatan, Manakala Zon Timur diwakili oleh SMS Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) dan SMS Tengku Abdullah (SEMESTA).

Zon SQL mempertaruhkan SMS Sabah (SEMSH). Tuan Rumah iaitu SMS Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) tersenarai secara automatik.

Empat padang telah digunakan untuk melancarkan kejohanan kali ini; satu padang di SMSTMFP, 2 padang di Institut Perguruan Kota Bharu dan satu lagi padang di Sultan Ismail College.

Kejohanan kali ini memperlihatkan peningkatan yang amat tinggi dibandingkan dengan kejohanan tahun lepas. Semua pasukan memperlihatkan kemhiran yang hampir seimbang dengan kualiti yang membanggakan.

Pertandingan akhir pada pagi ini mempertemukan 2 pasukan gergasi Zon Selatan iaitu SAKTI dan STJ. Pertemuan ini dianggap ulangan perlawanan akhir tahun 2006 oleh SAKTI yang mahu supaya Piala Pusingan Tan Sri Hamzah di kekalkan di Kota Tinggi. STJ pula melihat perlawanan ini sebagai medan membalas dendam selepas tewas dalam kejohanan peringkat Zon 2007 dan juga semasa perlawanan akhir tahun lalu.

Mohd Shafiqi dan Mohamad Shahir, dua orang pemain pasukan SMSTMFP, menyifatkan kejohanan kali ini amat sengit dan bermutu. Pasukan tuan rumah ini, walaupun kali pertamamenyertai kejohanan, telah membuat kejutan awal apabila berjaya mengalahkan KMKK,walaupun selepas itu, dikejutkan pula oleh KISAS, yang juga pertama kali berjaya ke peringkat Kebangsaan.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Mustapha Muhammad yang akan dijalankan sebaik perlawanan akhir tamat. En Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Sektor SBP juga turut hadir dalam upacara berkenaan.

No comments: