Sunday, April 29, 2007

SAKTI Johan Kriket SBP Kebangsaan 2007




Kota Bharu - SMS Kota Tinggi (SAKTI) mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Kejohanan Kriket Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Ke-2 2007, setelah menumpaskan SMS Tuanku Jaafar (STJ) dengan kelebihan 9 larian.


Perlawanan yang dianggap ulangan pertandingan akhir 2007 berlangsung dengan amat sengit dalam cuaca baik di padang SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.


Sementara itu, di padang Institut Perguruan Kota Bharu, SMS Teluk Intan telah berjaya mengalahkan SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan untuk mendudduki tempat ketiga dalam kejohanan yang berlangsung selama empat hari tersebut.


Dalam temubual bersama En Mohd Alim Konting, PK Kokurikulum SAKTI, beliau mengucapkan rasa syukur atas kemenangan SAKTI. Beliau menganggap kemenangan ini adalah berkat doa dan usaha gigih pemain serta jurulatih pasukan berkenaan, khasnya dan semua warga SAKTI amnya. Beliau mengakui pasukan lawan juga telah mempamerkan permainan yang amat berkualiti, menyebabkan perbezaan larian adalah amat kecil iaitu 142 larian berbanding 133.

No comments: