Wednesday, December 23, 2009

ANUGERAH PENGURUSAN CEMERLANG KOKURIKULUM KEBANGSAAN (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)














Final 5 terbaik Pengurusan Cemerlang Kokurikulum Kebangsaan telah dianugerahkan kepada Puan Maziah Binti Yusop, Penolong Kanan Kokurikulum SM Sains Labuan pada 7 hingga 9 November 2009 bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kuantan, Pahang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat Kebangsaan. Anugerah ini merupakan pencapaian tertinggi Puan Maziah Binti Yusop sebagai Penolong Kanan Kokurikulum selama 3 tahun mulai tahun 2007 hingga 2009 dan anugerah ini juga adalah yang pertama dalam sejarah Kokurikulum SM Sains Labuan. Di bawah pentadbiran beliau, beberapa transformasi pengurusan kokurikulum telah berjaya dilakukan dan mendapat pengiktirafan oleh pihak KSSPPK JPN Labuan seperti menubuhkan Kelab Kebudayan Persembahan Sekolah,menyelaraskan pengurusan fail-fail kokurikulum bagi semua kelab, meyelaraskan tugas-tugas SU Kokurikulum, SU Sukan, guru penyelaras dan penolong penyelaras setiap kelab serta semua guru penasihat kelab, melaksanakan Hari Anugerah Kokurikulum Sekolah yang pertama, mewujudkan Program Pengantarabangsaan SM Sains Labuan , mewujudkan Program Sukarelawan, menganjurkan Karnival Jom Makan, Jamuan Hari Raya Perdana dan banyak lagi. Sumbangan terbesar beliau adalah menjadi perintis Program Pengantarabangsaan di SM Sains Labuan, sekolah-sekolah SBP (Zon SQL) dan di Wilayah Persekutuan Labuan sendiri. Berkat kerjasama antara semua AJK Kokurikulum SMSL , program pengantarabangsaan yang pertama pada tahun 2007 telah berjaya dilaksanakan iaitu Lawatan Sambil Belajar ke St Andrew School, Brunei Darussalam dengan pembiayaan sendiri daripada kutipan pelajar dan sumbangan pihak luar. Seramai 25 orang pelajar telah terlibat dalam lawatan ini. Malah St Andrew School juga telah mengadakan lawatan balas mereka ke SM Sains Labuan. Program Pengantarabangsaan kali kedua diteruskan dengan Lawatan Sambil Belajar ke Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia pada tahun 2008 dengan penyertaan pelajar seramai 30 orang. Insyaallah pada tahun 2010, unit kokurikulum akan mengadakan program pengantarabangsan yang ketiga, Lawatan Sambil Belajar ke Beijing, China dengan penyertaan pelajar seramai 50 orang. Program Pengantarabangsaan ini telah dapat menarik minat pelajar dan ianya telah mendapat sokongan para ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka menyertai lawatan seperti ini. Selain itu, beliau juga sering dijadikan contoh tempat rujukan oleh JPN Labuan dalam pengurusan fail kokurikulum untuk guru-guru kokurikulum di Labuan. Antara anugerah yang diterima oleh Puan Maziah diperingkat negeri dan Kebangsaan ialah Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan (tempat keempat) pada tahun 2004, Anugerah Guru Inovatif Negeri (2004, 2005, 2007 dan 2009), Johan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kokurikulum Negeri (2007, 2008 dan 2009), Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan Negeri 2009. Menurut Puan Maziah, kejayaan yang dicapai beliau bukanlah hasil usaha beliau seorang tetapi adalah hasil usaha dan kerjasama yang padu daripada semua Jawatankuasa Kokurikulum di bawah pimpinan beliau. Tanpa mereka semua, Unit Kokurikulum SM Sains Labuan tidak akan gah seperti hari ini. Dikesempatan ini, beliau ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan terima kasih buat Pengetua SMSL Tuan Haji Ali Deros yang sentiasa menyokong aktiviti kokurikulum, buat SU Kokurikulum yang setia dan berdedikasi En. Aziz Ab Rahman, SU Sukan En. Amirullah, penyelaras dan penolong penyelaras yang sangat setia dan komited iaitu Pn. Samsurina, En. Aliakbar, En Nik Afendi, En. Mohd Kahirul Isa, Pn. Shariza, Pn. Nordiane, Pn. Lily Elmiyanti, En. Roslan, Pn. Rohana, En. AizaSharizam dan En. Ag Sofien serta semua guru penasihat yang terlibat. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas buat mantan penyelaras dan penolong penyelaras kokurikulum yang telah berpindah iaitu Cik Latifah Mohamad dan Pn. Noraziah Mohd Zin yang sentiasa menyokong beliau sejak beliau dilantik sebagai PK Kokurikulum. Akhir kata daripada beliau:
" Untuk menjadi seorang pemimpin, anda harus mampu menyuruh orang mengikuti anda, dan tiada sesiapa yang mahu mengikuti seseorang yang tidak tahu hala tujuannya "

2 comments:

BPSPBSK said...

tahniah dan selamat maju jaya

misz_A said...

salam.. nice blog.