Monday, January 18, 2010

ANSARA 10' - SMSS MENGEKALKAN KEJUARAAN KALI KE-6 BERTURUT-TURUT


Petaling Jaya, 17 Jan - Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur telah berjaya mengekalkan kejuaraan kali ke-6 berturut-turut dalam Kejohanan Ragbi Jemputan ANSARA 10' yang diadakan pada 16 dan 17 Januari 2010 di Padang Utara, Petaling Jaya baru-baru ini. Kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara ini (Ansara) turut disertai oleh beberapa buah sekolah MRSM dan SBP. Kejayaan SMSS menewaskan musuh tradisi iaitu Sekolah Sultan Alam Shah pada perlawanan akhir (29-0) turut mendapat pujian daripada Pengetua SMSS iaitu Tn Haji Nor Paizin bin Ibrahim dalam majlis perhimpunan pagi yang diadakan di sekolah keesokkannya. Beliau mengucapkan syabas kepada jurulatih dan para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Sebelum itu pasukan ragbi SMSS telah berjaya menggalahkan SBPI Sabak Bernam (19-0), MRSM Batu Pahat (24-0), MRSM Jasin (WO) dan MRSM Balik Pulau (24-0). Kemenangan ini juga merupakan salah satu KPI pasukan ragbi SMSS dalam program kebitaraannya sepanjang kalendar 2010. Hujung bulan ini pula pasukan ragbi bawah 15 tahun dan 17 tahun mengambil bahagian dalam Kejohanan Jemputan VI 10'.

No comments: