Saturday, November 13, 2010

MAJLIS PERASMIAN LAPANGAN GOLF MINI @ SSP CYBERJAYA

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengadakan Majlis Perasmian Lapangan Golf Mini @ Putting Green pada Sabtu, 6 November 2010. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Ir. A Sani Karim, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia yang juga merupakan Presiden Persatuan Squash Malaysia merangkap Presiden Federasi Sukan Squash Asia. Majlis dihadiri oleh Pentadbir, Guru-guru dan murid-murid. Turut hadir ialah Y.Bhg. Datin Hamida Hasan, Presiden Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri Malaysia dan AJK PIBG. Lapangan Golf Mini merupakan satu inisiatif SSP untuk memperkenal, mempopular dan menanam minat murid-murid terhadap sukan elit seperti golf yang diharap dapat meningkatkan tumpuan dan konsentrasi mereka terhadap apa jua yang mereka laksanakan. Selain daripada beriadah, murid-murid diharap dapat mempersiap diri masing-masing untuk menghadapi masa depan. Selain itu, lapangan golf mini ini diharap dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa yang datang melawat anak di sekolah sebagai tempat rekreasi dengan melaksanakan aktiviti bersama-sama. Semua pengguna lapangan golf ini diharap dapat mematuhi etika berpakaian terutamanya memakai kasut golf yang bersesuaian untuk mengelakkan kerosakan kepada lapangan.Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Ir. A Sani Karim dan semua pihak yang menjayakan Majlis Perasmian Lapangan Golf Mini, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

No comments: