Saturday, November 13, 2010

KARNIVAL MAJLIS JALINAN KASIH (MAJAKA2010)

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Majlis Jalinan Kasih (MAJAKA2010) pada Sabtu, 6 November 2010 mulai jam 11.00 pagi hingga jam 11.00 malam bertempat di Stadium Mini, SSP Cyberjaya. MAJAKA2010 mengandungi pelbagai acara, antaranya ialah Karnival @ MAJAKA2010, Perasmian "Putting Golf" yang akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ir. A.Sani Karim, Presiden Persatuan Squash Malaysia (SRAM) pada jam 5.00 petang dan Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah (MAKSR) yang akan dirasmikan oleh Puan Misliah Mohamad Basir, Timbalan Ketua Pengarah I , PERHILITAN pada jam 8.00 malam. Organisasi luar yang telah mengesahkan penyertaan dalam Karnival @ MAJAKA2010 ialah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My-IPO), Pusat Sains Negara (PSN), Cybersecurity Malaysia , PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sebanyak 32 gerai jualan makanan/minuman akan dibuka yang diuruskan oleh murid-murid melalui Unit Kokurikulum masing-masing. Persatuan ALUMNI Sekolah Seri Puteri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga akan membuka gerai jualan masing-masing yang akan berurusniaga sehingga jam 11.00 malam. Pelbagai program, acara dan aktiviti terutamanya jualan makanan dan minuman, demonstrasi, persembahan, rumah hantu dan lain-lain acara akan memeriahkan Karnival @ MAJAKA2010. Aktiviti lain yang akan dilaksanakan sepanjang Karnival ialah "Pertandingan Karaoke" dan "Street Dance" serta persembahan tarian oleh penuntut Taylor's Universiti dan juga bakat-bakat muda dari ASK. Hari Terbuka Asrama juga akan diadakan pada hari berkenaan dengan hasrat dan harapan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar khususnya murid-murid darjah 6 yang memohon untuk memasuki SBP melihat sendiri keadaan dan gambaran kehidupan di asrama. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengundang semua pihak termasuk masyarakat awam untuk hadir beramai-ramai memeriahkan pelbagai aktiviti dan acara yang disediakan. Pelawat awam dibenarkan berada di SSP Cyberjaya sehingga jam 6.00 petang manakala ibu bapa dialu-alukan menyertai MAKSR dan dibenarkan berada sehingga jam 11.00 malam. Tiga orang pengunjung bertuah akan menerima hadiah berupa Telefon Al-Quran, Digital Quran dan Hamper. Hadiah akan disampaikan semasa Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah (MAKSR). Karnival MAJAKA @ 2010 telah menjana pendapatan kasar sebanyak RM44,500.00 dengan keuntungan bersih sebanyak RM18,500.00. Keuntungan yang diperolehi oleh Kelab/Persatuan/Unit Kokurikulum akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti unit kokurikulum/sukan untuk tahun 2011. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan Majlis Jalinan Kasih (MAJAKA) khususnya guru-guru, murid-murid dan ibu bapa masing-masing yang bertungkus lumus menyediakan makanan/minuman dan barangan lain untuk jualan di gerai masing-masing. Kami percaya, penglibatan aktif murid-murid dalam program seumpama ini akan membantu mereka untuk membina Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dalam diri masing-masing serta memahami realiti dan hakikat sebenar kehidupan yang penuh ranjau dan liku dalam usaha menjana pendapatan dan beroleh kemahiran. Sekolah Seri Puteri Cyebrjaya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ALUMNI SSP, MYIPO, Cyber Security Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, PDRM dan Enzec Technology atas bantuan mereka menjayakan Karnival @ MAJAKA2010. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang atas kesudian meminjamkan khemah untuk kegunaan Karnival.

No comments: