Friday, September 08, 2006

KEJOHANAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2006


Seremban 21 Ogos.
Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa 2006 telah diadakan pada 21 - 24 Ogos 2006 di Kompleks Sukan Stadium Tuanku Jaafar. Sekolah Menengah Sains Seremban telah diberikan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Pertandingan dan Buletin untuk mengendalikan keseluruhan perjalanan pertandingan itu bersama-sama dengan urusetia dan para wasit-juri. Pihak urusetia kejohanan ini iaitu Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan berpuas hati dengan perjalanan dan pengendalian kejohanan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pengetua SASER, Tn. Hj Mohamad Kamaludin B. Taib dan jawatankuasa-jawatankuasanya yang terlibat atas komitmen yang diberi.

2 comments:

IRA said...

tahu tak sapa yg menang silat olahraga kelas C untuk sekolah sains alam shah?

IRA said...

tahu tak sapa yg menang silat olahraga kelas C untul sekolah sains alam shah? tahun 2009 punya..peringkat wilayah tak silap.