Sunday, December 17, 2006

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN SBP


Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun SBP yang berlangsung pada 6-9 september 2006 merupakan sukan yang baru dipertandingkan di peringkat zon dan kebangsaan. Sebanyak 47 buah SBP terlibat dalam kejohanan peringkat zon, yang mana dua pasukan terbaik telah mewakili zon masing-masing ke peringkat kebangsaan. Kejohanan peringkat kebangsaan telah dikelola dengan cemerlang oleh SMS Sultan Mohamad Jiwa, menggunakan Stadium Astroturf Majlis Perbandaran Sg Petani sebagai tempat pertandingan.

Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, johan telah disandang oleh Sekolah Tun Fatimah yang mengalahkan Sekolah Seri Puteri melalui pukulan penalti yang berkesudahan 1-0 selepas seri tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar. Perlawanan akhir kategori lelaki pula telah mempertemukan pasukan SMS Machang dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang berkesudahan 3-0 menyebelahi SMS Machang.

Johan kategori lelaki membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Johan kategori perempuan pula membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Datin Hajah Hasiah binti Kadir, isteri Y.Bhg Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Piala disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Dato’ KPPM yang telah sudi hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir seterusnya menutup kejohanan.

No comments: