Sunday, December 17, 2006

NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PELAJAR SBP KE-27 TAHUN 2006


Nadwah Kepemimpinan Islam Pelajar SBP (NKI)adalah program bersama Bahagian Sekolah dengan Jabatan Pendidikan Islan Dan Moral (JAPIM). NKI Ke-27 berlangsung pada 21-25 Ogos 2006 di SBPI Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seramai 440 orang pemimpin pelapis dari 55 buah SBP terlibat dalam program ini. Dengan tema “Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bistari”, para peserta didedahkan kepada semua aspek kepimpinan hadhari melalui sesi-sesi ucap utama, ceramah, pembentangan kertas kerja, forum, bicara tokoh dan aktiviti luar.

Kemuncak NKI ke-27 di SBPI Jempol adalah sesi ucap utama yang disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Abdullah bin Mat Zin, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berjaya membuka minda peserta mengenai kepentingan menanam dan mengukuhkan semangat Islam Hadhari dalam jiwa pelajar SBP yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan. Persediaan ini amat perlu demi menjamin kelangsungan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat dan dihormati dunia.

No comments: