Tuesday, July 21, 2009

MESYUARAT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM BIL 2/2009

Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum Bil 2/2009 telah diadakan pada 20 hingga 21 Julai di SM Sains Sabah (SMESH) dan dihadiri hampir kesemua Penolong Kanan kokurikulum SBP di Malaysia. Mesyuarat tersebut telah berjalan dalam suasana yang mesra dan lancar dan banyak idea dan perkara-perkara berbangkit dapat diselesaikan. Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah BPSBPSK, Pn. Hjh Norlia Bt Mohd Shuhaili dan pengetua SMESH, Tn Hj Zaini Bin Zair juga sudi meluangkan masa untuk bersama di dalam mesyuarat walaupun baru kembali dari King College, London.

Di dalam mesyuarat ini juga, Penolong Kanan Kokurikulum telah mencadangkan nama-nama tuan rumah untuk kejohanan kebangsaan bagi tahu 2010 untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Pengetua SBP yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti untuk diputuskan. Manakala post mortem untuk kejohanan-kejohanan yang lepas juga dibentangkan supaya mendapat perhatian dan boleh dilakukan penambahbaikan pada tahun-tahun akan daatang.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 malam supaya semua PK Kokurikulum dapat merehatkan diri untuk Kursus Bina Negara di Kundasang pada esok harinya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada urusetia SMESH kerana telah bertungkus lumus membantu pihak BPSBPSK menjayakan mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP bil 2/2009.

2 comments:

malekabuhassan said...

terima kasih banyak kepada Pengarah SBP [Puan Ashah], Timbalan Pengarah [Puan Hajh Norlia],Pengetua Smesh[ Tuan Hj Zaini] serta pegawai-pegawai SBP atas kejayaan pk kokurikulum sekolah berasrama penuh menghadiri kursus 5 dalam 1.mesyuarat pk kokurikulum, kursus btn khas di kundasang, lawatan kerja "bench marking" ke sekolah Dato Peter Majunting,Team Buliding mendayung sejauh 20 km Jeram Sg Kiulu, Tanparuli [aras 2] serta Lawatan ke Pulau-pulau sekitar Manukan.Moga Pk Kokurikulum SBP lebih bersemangat memartabatkan SBP.