Monday, February 08, 2010

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR MELALUI PROGRAM 'ZERO DUSTBIN' DI SMSS









Februari, 8 - Program 'Zero Dustbin' yang menjadi salah satu aktiviti utama dibawah Kelab Kebitaraan Sains Sekolah Menengah Sains Selangor kini secara rasminya telah dilancarkan pagi tadi setelah hampir sebulan program tersebut dilaksanakan.


Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shari bin Ahamad Junid, Pengurus Kawasan DBKL Bandar Tun Razak sambil disaksikan oleh pengetua SMSS, Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim, guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar-pelajar SMSS.


Melalui program ini pihak sekolah tidak menyediakan kemudahan tong sampah di kawasan blok akademik dan blok asrama sebaliknya hanya dua kawasan utama pembuangan sampah disediakan iaitu berhadapan blok USM dan di belakang Dewan Makan.


Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar, guru-guru, staf sokongan serta ibubapa pelajar melalui PIBG sekolah.


Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim semasa ucapannya menegaskan bahawa selain daripada menyokong usaha kerajaan dalam memelihara alam sekitar program ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih dan kondusif untuk pelajar terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Tuan Haji Shari bin Ahmad Junid pula dalam ucapan perasmiannya memuji langkah yang diambil oleh pihak sekolah dalam mendidik para pelajar tentang pentingnya penjagaan alam sekitar di peringkat usia muda ini. Beliau juga mencadangkan agar program ini didokumentasikan dengan baik agar dapat menjadi rujukan pihak DBKL pada masa hadapan.


Justeru itu kepada seluruh warga SBP yang bakal berkunjung ke SMSS kelak, jangan terkejut sekiranya anda tidak menjumpai tong sampah di segenap ceruk kawasan sekolah ini dan berhati-hati agar anda tidak didenda kerana membuang sampah merata-rata.

No comments: