Friday, February 05, 2010

LARIAN INTEGRASI 2010 SBPI SABAK BERNAM





LARIAN INTEGRASI KE - 8

SBPI SABAK BERNAM




SBPI Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan Larian Integrasi ke -8, pada 29 Januari 2010. Larian Integrasi ialah acara tahunan. Larian ini terbahagi kepada empat kategori iaitu lelaki 1 dan perempuan 1 ( tingkatan empat dan tingkatan lima ), manakala lelaki 2 dan perempuan 2 ( tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga ). Jarak larian ialah 9- 10 km ( lelaki 1 ), 7- 8 km ( perempuan 1 dan lelaki 2 ) dan 5 – 6 km ( perempuan 2 ). Seramai 478 peserta ( tingkatan satu hingga tingkatan lima ) telah mengambil bahagian dalam larian ini. Para peserta dibahagikan kepada empat rumah sukan iaitu Radon ( Biru ), Helium ( Merah ), Kripton ( Kuning ) dan Xenon ( Hijau ).

Para peserta telah dilepaskan oleh Tuan Hj. Shaharudin bin Hj. Mydin, Pengetua Cemerlang, SBPI Sabak Bernam. Hadiah – hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj. Amir bin Berau ( PK HEM ), Tuan Hj. Ahmadi bin Abas ( PK ) dan Tuan Hj. Shaharudin bin Hj. Mydin, Pengetua Cemerlang, SBPI Sabak Bernam. Keputusan keseluruhan kejohanan pada tahun ini telah dimenangi oleh rumah Radon, Naib Johan dimenangi oleh Xenon, ketiga rumah Kripton dan keempat rumah Helium.

3 comments:

- Ma StOrY - said...

bro mcm mana nak bagi laporan mengenai kokorikulum nie...:D

hem sbpisb said...

untuk maklumat dan perkembangan AKTIVITI HEM SBPI SABAK BERNAM kunjungi blog kami di http://hemsbpisb.blogspot.com

hem sbpisb said...

untuk maklumat lanjut aktiviti HEM SBPI SABAK BERNAM kunjungi kami di blog http://hemsbpisb.blogspot.com