Monday, August 07, 2006

FORUM REMAJA -- STJ CIPTA SEJARAH


Buat julung-julung kalinya STJ mencipta sejarah dengan menjuarai Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Hotel Bayview, Pulau Pinang pada 27 Julai 2006. Pasukan ini yang dianggotai oleh Muhammad IzdiyadBin Lockman (Pengerusi), Umi Hafizatullaila Binti Mohd Zulkifli, Nur Aqilah Binti Nordin, Nur Zahidah Binti Hosman dan Naimah Binti Ahmad Haripin. Guru-guru pengiring STJ ialah Puan Hasmiza Binti Mat Aris dan Cik Hajah Rosman Binti Daron.
Dalam pertandingan akhir, STJ mengalahkan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Naib Johan), SM Tinggi Segamat (Ketiga) dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Tajuk forum STJ ialah 'Jiran Sepakat Membawa Berkat'. Saudara Muhammad Izdiyad dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah RM300, plak dan sijil.
Sebagai Johan pertandingan, pasukan Forum SMSTJ telah membawa pulang Piala Pusingan sumbangan KGMMB, Piala Iringan untuk sekolah, plak, wang tunai RM600 setiap seorang beserta sijil.

Disediakan oleh

Anuar Tahar
GPK kokurikulum SMSTJ

1 comment:

resmipadi said...

Tahniah kepada pasukan forum remaja STJ; guru dan pelajar. Teruskan kecemerlangan anda.

Daripada:
Hj Nor Azam Abdullah
Sektor SBP