Sunday, August 13, 2006

NIRMALA DIRGANTRA SM SAINS SERI PUTERI NAIB JOHAN PERTANDINGAN TARIAN 'LIFE IS GREAT'


15 JULAI 2006, Pasukan Tarian Nirmala Dirgantra SESERI telah mengambil bahagian dalam pertandingan tarian 'Life Is Great' anjuran Akhbar Nanyang Siang Pau dan Great Eastern di menara Great Eastern Kuala Lumpur. Sebanyak 12 pasukan dari seluruh negara termasuk Sabah dan sarawak telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. SESERI bersama 3 buah sekolah lagi telah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persaingan amat sengit. Setiap pasukan telah mempamerkan persembahan tarian yang sungguh menarik dan keratif. Pasukan Nirmala Dirgantra telah mempertaruhkan persembahan tarian etnik kreatif bertajuk 'Bumiku Inspirasiku" Pada akhir pertandingan pasukan Nirmala Dirgantra telah dinobatkan sebagai Naib Johan pertandingan tersebut dengan membawa pulan g hadiah wang tunai sebanyak RM 2000,00 untuk pasukan dan RM 1000.00 untuk sekolah. Johan dimenangi oleh pasukan dari Sibu Sarawak sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Dari SMK Triang Pahang.

Apa yang membanggakan ialah, pasukan Nirmala Dirgantra merupakan pasukan tunggal kalangan Melayu yang mengambil bahagian, dari 11 pasukan dari kaum Cina. Sesungguhnya semangat perpaduan kaum telah berjaya ditunjukkan oleh pihak penganjur. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Nirmala Dirgantra SESERI. Pasukan ini terdiri daripada 11 ahli iaitu, Nur Zahida bt Shapawi, Fatin Aqilah bt Noor Azmi, Nadirah Syazwani bt Mohd. Syafie, Farah Adila bt Sabri, nurul farahidayu bt Abdul Hadi, Nor Fathin bt Ahmad, Nur Farihah bt Md Eusof, noratika bt Abd. Halim, Mira Nazira br Mohd. Izham, Intan Sabrina bt Mohamed Hanif dan Nur Hidayah bt Rosli. Sementara Guru Penasihat pula ialah Pn Azlina bt Md. Ali dan Cik Norhazilah bt Abdullah.


Dilaporkan oleh:
Zubidah bt. Md. Yunos
Pen Kanan Kokurikulum

1 comment:

ryou said...

miss this moment a lot,,