Thursday, August 17, 2006

KRIKET SMS KOTA TINGGI CEMERLANG

Pasukan kriket SM Sains Kota Tinggi, terus mempamerkan kecemerlangan apabila menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket MSSM Johor 2006 (B18 tahun). Walaupun keseluruhan pemain terdiri daripada gabungan pelajar tingkatan 4 dan 1, namun reputasinya selaku juara Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan pada April yang lalu tidak pernah terjejas. Dalam kejohanan MSSM Johor ini, SM Sains Kota Tinggi yang mewakili Pengerang terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan daerah yang sebahagian besarnya dianggotai oleh pelajar-pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar. Mohd Fikri bin Ar-Fahiman dan Mohamad Azri bin Mohamad Mansoor dari SAKTI telah terpilih sebagai Best Batsman dan Best Baller dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu. Kedua-dua pemain ini juga memenangi anugerah yang sama dalam Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan yang lalu. Seramai tiga pemain SAKTI iaitu Mohd Fikri bin Ar-Fahiman, Mohamad Azmi bin Mansor dan Zaid Al-Aris bin Md Aris telah terpilih untuk mewakili Johor ke Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 18-25 Ogos ini. Tahniah kepada En. Jasmin bin Mohamad selaku jurulatih dan En. Noor Khairi bin Pungut yang bertindak sebagai pengurus pasukan. Kepada pasukan kriket SAKTI teruskan kegemilangan anda!

PK Kokurikulum
SMSKT
17 OGOS 2006

No comments: