Thursday, February 04, 2010

SMSS SEBAGAI SEKOLAH TERBAIK PENGURUSAN SUKAN MSSMKL 2009




3 Februari 2010 - Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Sekolah Terbaik Pengurusan Sukan (Kategori Sekolah Menengah) bagi tahun 2009 pada Majlis Juara-Juara dan Anugerah Sukan MSSMKL 2008/09 yang telah diadakan Oditorium Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Pengiktirafan ini merupakan satu hadiah kepada seluruh warga SMSS diatas prestasi cemerlangnya dalam aspek pencapaian dan pengurusan sukan dalam setiap kejohanan sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur sepanjang tahun 2009.



Selain itu, dalam majlis yang sama Sekolah Menengah Sains Selangor yang juga merupakan Pengerusi Permainan Zon Pudu turut dipilih sebagai Pengerusi Zon Terbaik (Kategori Menengah).



Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, iaitu Encik Mohamad Azman kepada Tuan Pengetua SMSS, Tn Hj Nor Paizin bin Ibrahim. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Sulaiman Wak, Pengarah Pelajaran JPWP, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor serta pegawai-pegawai dari Unit Sukan JPWP.


Turut membuat persembahan pada majlis tersebut ialah pasukan Gemelan Sekolah Menengah Sains Selangor yang juga merupakan salah satu kebitaraan SMSS.



Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong kepada pencapaian yang lebih baik sepanjang tahun 2010 ini.

1 comment:

BPSPBSK said...

tahniah....SMSS memang hebat