Wednesday, March 08, 2006

INTERSABER JOHAN RAGBI MSSD SABAK BERNAM

Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pemain ragbi bawah 18 tahun SBPI SB kerana telah menjadi johan Pertandingan Ragbi MSSD Sabak Bernam buat kali pertama setelah dua kali menjadi naib juara. Pertandingan akhir yang diadakan di padang SMK Bagan Terap telah menemukan pasukan SBPI SB dengan pasukan tuan rumah SMK Bagan Terap. SBPI SB menang dengan 12-6.
Seramai 15 orang pemain SBPI SB telah terpilih mewakili pasukan ragbi MSSD Sabak Bernam ke Kejohanan Ragbi MSS Selangor yang diadakan di daerah Kelang pada 20-24 Februari. Walaupun gagal mendapat sebarang kejayaan namun pengalaman yang diperolehi sangat berguna untuk membina pasukan yang lebih kuat pada tahun hadapan.
Tahniah kepada pemain SBPI SB Akimul Hakim b. Mohamad Habib telah telah terpilih mewakili MSS Selangor Ke Kejohanan Ragbi MSSM yang akan diadakan Pulau Pinang pada cuti nanti.

Kokurikulum Cemerlang SBPI SB Gemilang

Dilaporkan oleh: Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

Ragbi SMS Sultan Md Jiwa Menang Berganda

Pertandingan Ragbi MSSM (D) peringkat Daerah Kuala Muda/ YAn telah berlangsung pada 9 Februari 2006 dan SMSSMJ menjadi tuan rumah.
Bagi kategori B 15 tahun, 6 pasukan mengambil bahagian dan alhamdullillah SMSSMJ muncul juara. Tuan rumah menang selesa semua lima permainan.
Bagi kategori B 18 tahun pula, sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian dan SMSSMJ juga telah muncul sebagai juara mengalahkan johan tahun lepas SMK Guar Cempedak. Walaupun siaz memihak kepada pasukan lawan yang bertubuh lebih tegap dan sasa, tengok betis dan misai saja macam tak percaya depa form 5, tapi strategi yang baik yang disusun oleh guru ragbi En Ahmad Shahbudin telah membuahkan hasil. Tahniah.Kepada pasukan SBP yang lain yang akan bertanding dalam Ragbi SBP 10 tak lama lagi terutama pasukan jagoan seperti SMSAH, SMSS, ALAM SHAH, MCKK dan lain-lain, awas tahun ini kerana kami mampu membuat kejutan menewaskan mereka semua. EHEM-EHEM.

Ahmad Rushdi P3K SMSSMJ melaporkan.

RIMUP - Sukan & Permainan 2006

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan bagi Kelompok SM Sains Muar dengan SMK Parit Bunga, Muar telah diadakan pada 25 Februari 2006. Aktiviti Sukan dan Permainan telah diadakan dan 4 jenis sukan permainan telah dijalankan;
i. Bola Sepak
ii. Bola Keranjang
iii. Bola Tampar
iv. Bola Jaring
Johan keseluruhan pertandingan ialah SMK Parit Bunga. Piala Pusingan telah disumbangkan oleh Tn Hj Muhammad Rashid bin Hj Sainal, Pengurus Pembinaan, Petronas Carigali Sdn Bhd. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Sainal bin Amin.

Tenpin Boling MSSM MUAR

Pertandingan Tenpin Boling MSSM Muar 2006, telah diadakan di Perfect Bowl, Jalan Bakri Muar, pada 7 Februari 2006. Dalam Kejohanan ini, Emma Nazlin bt Daman Huri, dari SM Sains Muar telah berjaya menjadi johan individu bahagian perempuan dan Muhammad Khairul Anuar bin Salim, mendapat tempat ke 8. Emma Nazlin telah mewakili MSSM Muar ke MSSM Johor pada 24-25 Februari dan mendapat tempat ke 8. Tahniah diucapkan.

PKK SAMURA.

Tuesday, March 07, 2006

SEMASHUR JUARA KEJOHANAN RAGBI MSSD HULU SELANGOR 2006

MONDAY , MARCH 06 , 2006 .

Kejohanan Ragbi MSSD Hulu Selangor Bawah 18 Tahun telah diadakan pada 9 Februari 2006 bertempat di SMK. Kuala Kubu Bharu . Kejohanan yang disertai oleh sebanyak 4 buah pasukan sekitar daerah Hulu Selangor iaitu SM. Sains Hulu Selangor , SMK. Syed Mansor , SMK. Kuala Kubu Bharu dan MRSM Kuala Kubu Bharu telah dilangsungkan secara Liga Satu Kumpulan . Kejohanan ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan semangat kesukanan . Pasukan SEMASHUR yang sememangnya menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan ini telah memulakan kempen dengan menentang pasukan SMK. Syed Mansor dengan kemenangan 30 - 0 . Pada Perlawanan kedua menentang satu lagi pasukan pilihan iaitu SMK. Kuala Kubu Bharu pasukan SEMASHUR telah menang 30 - 0 . Pada perlawanan terakhir pasukan SEMASHUR menewaskan pasukan MRSM Kuala Kubu Bharu dengan kemenangan besar 55 - 0 . Dengan kemenangan ketiga-tiga perlawanan ini SEMASHUR telah sekali lagi menjadi JOHAN Kejohanan Ragbi MSSD Hulu Selangor 2006 , Bawah 18 Tahun buat kali keempat berturut - turut semanjak tahun 2003 . Seramai 18 orang pemain telah terpilih mewakili Pasukan MSSD Hulu Selangor ke Kejohanan Ragbi MSS Selangor yang akan diadakan pada 20 -24 Februari 2006 di MSSD Klang . Tahniah dan terima kasih buat semua pemain ragbi SEMASHUR , En. Ahmad Kadir , En. Ruhaifi Abu Bakar dan En.Md Baharudin .

Sukan Cemerlang SEMASHUR Terbilang . Majulah sukan untuk SEMASHUR .

Dilaporkan oleh : MD BAHARUDIN BIN MAHANI ,PK KOKURIKULUM SM. SAINS HULU SELANGOR

Program Memasak Bubur Asyura SBPI Pekan, 2006




Pekan, 25 Feb – Pada jam 8.00 malam bertempat di Kafeteria Makmur, ahli jawatankuasa program telah mula menyediakan bahan-bahan untuk mamasak bubur asyura.

Kemudian bermula dari jam 8.00 pagi, bertempat di perkarangan rumah Pengetua, pelajar-pelajar mula menyediakan tempat, kawah-kawah dan juga bahan-bahan untuk memasak bubur asyura. Pelajar aspura mula menghidupkan api dan meletakkan empat kawah mengikut rumah sukan masing-masing. Pelajar aspuri pula, mengasingkan bahan-bahan yang telah disediakan pada malam sebelumnya.

Setelah bahan-bahan dimasukkan, para pelajar mula mengacau bubur dan mereka melakukannya secara bergilir-gilir. “Saya berasa bangga kerana ini merupakan kali pertama sambutan bubur asyura diadakan. Objektif untuk melihat kesungguhan student hampir tercapai”begitulah komen tuan pengetua

Sekitar jam 2.00 petang, bubur asyura pun siap dimasak. Bubur kemudiannya diagihkan kepada guru-guru, staf-staf sokongan serta para pelajar di dalam tupperware.

Dilaporkan oleh Tuan Haji Saadon@Saadan bin Yaakob, GPK Kokurikulum SBPI Pekan.

Temasya Sukan Tahunan Ke-3 SBPI Gopeng 2006

Gopeng-7 Mac
Sukan tahunan kali ke 3 telah diadakan pada 25 Februari yang dirasmikan oleh Pengarah Biro Tatanegara Negeri Perak. Sukan dapat mencungkil bakat pelajar bagi mewakili sekolah dalam acara sukan daerah yang berlangsung pada 6-9 Mac 2006 bertempat di Stadium Perak.
Semoga SBPI Gopeng dapat memberi saingan kepada sekolah projek sukan

Catatan oleh Pk Ko KU SBPI Gopeng

Monday, March 06, 2006

KEJOHANAN MERENTAS DESA STJ/ MSSMDKP 2006

Kuala Pilah, 6.3.06

Kejohanan Merentas Desa STJ kali ke 27 telah diadakan pada 21 Januari 2006. Acara tahunan ini telah dimenangi oleh Rumah Raja Melewar (Merah). Puan Pengetua STJ yang baru, Puan Hajah Noorizan Abdul Latif telah melepaskan semua pelajar untuk larian mereka. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Alias Abdul Ghani.
Di kejohanan peringkat daerah yang dijalankan pada 7 Februari jam 2.30petang di Padang Awam Sri Menanti, pasukan STJ hanya berjaya menduduki tempat ketiga bagi pasukan P15 dan L18. Saudari Nor Faizzah Baharin yang mendapat tempat ketiga acara individu P15 telah dipilih mewakili daerah Kuala Pilah di Kejohanan Merentas Desa MSSMNS pada 21 Februari di SMK Bukit Rokan.

Dilaporkan oleh,

Anuar Tahar, GPK Kokurikulum STJ

KEJOHANAN BOLING MSSMNS 2006

Kuala Pilah, 6.3.06

Pasukan Boling Ten Pin STJ telah menyertai Kejohanan Boling Ten Pin MSSMNS pada 14 dan 15 Februari yang lalu di Ampang Bowl, Seremban. Walaupun pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2004, pasukan lelaki bawah 15 tahun berjaya mendapat tempat ke tiga acara 'trio' (tiga sepasukan) dan keempat bagi acara empat sepasukan.
Pasukan bawah 15 tahun ini dianggotai oleh Meor Razzin Rizal Meor Faisal (kapten), Ariff Hanafi Omar, Muhammad Faiz Johari dan Muhd Shuhaib. Pemain-pemain ini berlatih di Ampang Bowl, dua kali sebulan. Mereka diurus oleh En. Abdul Karim Ibrahim.
Salah seorang pemain boling STJ juga merupakan pelatih/atlit MSN.

Dilaporkan oleh,

Anuar Tahar, GPK Kokurikulum STJ

MERENTAS DESA SEMESTI KALI KE 4 2006


SEMESTI,Teluk Intan.3Mac 2006
Kejohanan Merentas Desa Kali IV 2006 telah dilaksanakan pada 26 Januari 2006.Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai larian tersebut yang bermula pada lapan pagi.Jarak larian bagi lelaki Kelas Satu adalah lapan kilometer manakala jarak bagi kategori-kategori lain adalah 6 kilometer.Laluan larian yang merentasi Ladang Jenderata memberi peluang kepada para peserta menikmati keindahan alam sekitar serta dapat melihat pengurusan moden ladang kelapa sawit.Rumah Omega berjaya muncul sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Warga SEMESTI mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM Hutan Melintang dan Pengurus Ladang Jenderata atas segala kerjsama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan kejohanan kali ini.
Dilaporkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum En V. Rajendra

KEM JATI DIRI KALI KE3 SEMESTI-TLDM 2006


Pangkalan TLDM,Lumut 6 Mac 2006.
Pada 20 hingga 24 Febuari 2006 seramai 142 orang pelajar tingkatan empat telah menyertai Kem Jati Diri di Pangkalan TLDM,Lumut selama lima hari.Kem Jati Diri merupakan program tahunan,yang wajib disertai oleh semua pelajar tingkatan empat,telah dimulakan sejak tahun 2004.Kem Jati Diri Kali Ketiga pada tahun ini dirasmikan oleh Panglima KD Pelanduk Kept.Hj Imran b Hj Abd Hamid.Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pengetua SEMESTI Tn Hj Shaharudin b Hj Mydin.Acara kemuncak kali ini ialah para peserta dan guru-guru dapat berlayar di atas kapal MV Fajar Samudra selama sehari.
Dilaporkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SEMESTI En V.Rajendra

KEJOHANAN OLAHRAGA SMSTJ KALI KE30 2006

Kuala Pilah, 18 Feb. 2006

Kejohanan Olahraga SMSTJ kali ke 30 telah diadakan pada 18 Februari 2006 (Sabtu). Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Roslan Mohd Yusof, ADUN Johol untuk upacara perasmian penutupan.
Kejohanan dimulakan dengan lintas hormat oleh semua pasukan yang bertanding diiringi pasukan pancaragam sekolah. Acara perbarisan dimenangi oleh Rumah Tunku Kurshiah.
Rumah Tunku Kursiah (Kuning) muncul johan keseluruhan diikuti dengan Tunku Burhanuddin, naib johan, Raja Hitam, ketiga dan Raja Melewar, keempat.
Olahragawan 2006 ialah Nur Muhammad Syujri Bin Zohari (Burhanuddin) dan olahragawati disandang oleh Naniiliana Bt Sawal (Kurshiah).


Dilaporkan oleh,
Anuar Tahar, GPK Kokurikulum STJ

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH; SMSAH KALI KE –40

SMSAH 06 Mac - Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah diadakan pada 01 Mac 2006. Kejohanan olahraga ini bermula pada jam 3.00 petang. Secara keseluruhannya, kejohanan olahraga kali ini berjalan lancar. JUARA sekali lagi telah menjuarai kejohanan ini dengan memperolehi 18 pingat emas 8 perak dan 9 gangsa, Tuan Haji Muhammad Ismorning bin Ismail, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu telah merasmikan kejohanan olahraga pada kali ini. Olahragawan terbaik untuk tahun ini ialah Mohammad Mukhairi bin Sa’ari daripada rumah JUARA. Sementara Siti Zulaikha binti Alias daripada rumah SATRIA telah terpilih sebagai Olahragawati. Rumah PENDETA telah menjuarai pertandingan kawat perbarisan dan menghias khemah antara rumah sukan.

KEJOHANAN OLAHRAGA SM SAINS LABUAN 2006

W.P Labuan-25 Februari 2006
Sekolah Menengah Sains Labuan telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 seperti yang direncanakan. Kejohanan ini bermula pada jam 7.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Awangku Ali Pg. Jumaat, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Labuan.Tetamu jemputan melibatkan semua ibu bapa, wakil semua sekolah menengah dan rendah di W.P Labuan.

Pada hari pertandingan dua acara akhir diadakan iaitu acara 4X100m (lelaki A,B dan perempuan A,B). Semua peserta yang mengambil bahagian adalah daripada Rumah Temenggung, Laksamana, Bendahara dan Panglima. Acara tarik tali peringkta akhir antara rumah Temenmggung dengan Penglima diadakan. Manakala acara terbuka bagi memeriahkan kejohanan ialah 4X100m jemputan Antara SM Sains Labuan, SMK Pantai dan SMK Labuan.

Secara keseluruhan Rumah Sukan Laksaman telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan pada tahun 2006. Manakala saudara Shahmen Yazam dinobatkan sebagai olahragawan dan saudarai Norhasliza Sapli olahragawati bagi tahun 2006. Acara selesai sepenuhnya kira-kira jam 12.00 tengahari.

Dilaporkan oleh: Wan Zainul Azhan (PK Kokurikulum SMSL)

Kejohanan Merentas Desa SMSTSP 2006

Kejohanan Merentas Desa SMSTSP telah dijalankan pada 9 Februari 2006.Semua warga SMSTSP terlibat dimana semua pelajar diwajibkan menyertai kejohanan ini untuk menyumbangkan mata kepada rumah dan untuk mencungkil bakat-bakat baru .Lokasi yang dipilih ialah Taman Rekreasi Tasik Melati,10 km dari SMSTSP.Pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu L1,L2,L3,P1,P2,P3.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azan bin Abdul Rashid,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kayang.Pelajar yang mendapat tempat pertama hingga 15 dalam setiap kategori telah diberi hadiah dalam bentuk medal.Johan keseluruhan telah disandang oleh rumah uranus.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMSTSP yang telah membantu menjayakan program ini.

DILAPORKAN OLEH: PN CHE GAYAH BT BAKAR ( PK KOKURIKULUM SMSTSP )

Program "English In Camp" PCCdengan SMSTSP

SMSTSP telah bekerjasama dengan Princess Chulaborn College untuk menjalankan program
"English In Camp" pada 19-22 januaru yang lalu.Program ini melibatkan 50 orang pelajar PCC dengan 5 orang guru beserta 50 orang pelajar Tingkatan 4 SMSTSP.Lokasi yang dipilih ialah Pusat Kokurikulum Timah Tasoh,18 km dari SMSTSP.Program ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris,mengasah bakat kepimpinan,melatih pelajar berinteraksi secara sihat dan mempelajari budaya hidup bangsa asing.
Berbagai aktiviti dijalankan seperti "flying fox","wall climbing" ,"cycling",bengkel Bahasa Inggeris dan persembahan kebudayaan.
Semoga pogram ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua sekolah

DILAPORKAN OLEH: PN CHE GAYAH BT BAKAR (PK KOKURIKULUM SMSTSP

Friday, March 03, 2006

Lawatan Persahabatan Ke Perancis
















2 Mac 2006
Panitia bahasa Perancis dan Kelab Unesco Kolej Tunku Kurshiah ( KTK ) telah mengadakan lawatan muhibah ke Perancis pada 3 - 13 Februari 2006.

Antara tujuan lawatan ini ialah untuk memperkemaskan dan menjalin hubungan lebih erat dengan sekolah Ecole de Roches.

Antara tempat yang dilawati ialah kedutaan Besar Malaysia di Paris, Pejabat Unesco , Kilang Keju, Syarikat akhbar Jounal Des Enfants' di Molhouse dan Bandar Zurich.

Lawatan ini disertai oleh 3 orang guru dan 21 orang pelajar bahasa perancis dan ahli kelab Unesco.
Kami banyak mempelajari cara kehidupan orang Perancis, dan membuat perbandingan. Natijahnya kami amat bersyukur kami dilahir, dibesar dan menjadi rakyat Malaysia..

Terima kasih kepada kedutaan Malaysia, Unesco dan para penyumbang.

Diselaporkan oleh,

Hashim Osman
GPK Kokurikulum KTK.

Kejohanan Olahraga Tahunan SHAH PEKAN 2006

Pekan, Pahang : 26 Februari 2006

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SHAH kali Ke17 telah dirasmikan oleh YH Dato' Haji Azmey Bin Abu Talib (Pengarah Pelajaran Negeri Pahang)pada jam 3.00 petang di Padang SHAH. Perbarisan lintas hormat dilakukan oleh pasukan yang bertanding dengan diiringi oleh Pasukan Tambor 10 RMAD Kuantan. Selain dari acara larian, perhiasan rumah, perbarisan Unit Uniform dan tarik tali juga dipertandingankan.

Pasukan Rumah Hamdan dinobatkan sebagai johan keseluruhan KOT pada kali ini, diikuti dengan Rumah Murad, Abd. Rahman dan Aminuddin.

Terima kasih kepada semua warga SHAH yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan KOT pada tahun ini.

En. Hasan bin Musa
PK Kokurikulum SHAH

Thursday, March 02, 2006

Kejohanan Olahraga SMSTSP Ke-XXV

Kangar,27 Februari 2006.
Kejohanan olahraga SMSTSP ke-XXV telah dijalankan pada 21 hingga 23 Februari.Majlis perasmian pembukaan telah diadakan pada 21 Februari iaitu pada pukul 8.30 pagi dan telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Abdul Hadi Bin Harun AMP,Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan,JPN,Perlis.Manakala penyampaian hadiah dan majlis penutupan telah diadakan pada 23 Februari pukul 4.30 petang dan disempurnakan oleh
En.Che Mid Bin Ismail,YDP PIBG SMSTSP.Kejohanan ini melibatkan semua pelajar dan melalui kejohanan ini bakat-bakat baru dalam olahraga berjaya dicungkil.
Semoga akan lebih cemerlang dalam olahraga.

Dilaporkan oleh:Pn Che Gayah bt.Bakar ( PK Kokurikulum SMSTSP )

SBPI Kubang Pasu Johan Merentas Desa Daerah Kubang Pasu

SBPI Kubang Pasu telah mula menampakkan taringnya dalam acara sukan apabila menjadi johan kumpulan bawah 15 tahun dalam acara merentas desa peringkat MSSK daerah Kubang Pasu. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 22Februari baru-baru ini dan disertai oleh 19 pasukan dari seluruh daerah Kubang Pasu.Para peserta yang terlibat ialah AZAHARI AZIZAN,AMIRUL NIDZAM AZMI DAN AHMAD SYAMIL KAMARUDDIN.

Mereka telah menjalai latihan sejak awal tahun ini di bawah bimbingan Cik Siti Rohaizat Abd Wahab dan En Sugandaran Kaivaliam.Menurut En Sugan ini merupakan kali kedua para peserta SBPIKP menyertai kejohanan tersebut sejak tahun lepas.Pada tahun lepas semua acara yang dimasuki oleh pelajar hanya sekadar menimba pengalaman.
'Latihan yang diadakan secara berterusan dari awal tahun dengan berlari mengelilingi kawasan sekolah melalui cerun bukit,kawasan bertar, padang sekolah dan kawasan sekolah yang berbatu-batan itulah rumusan latihan para pelajar SBPIKP', demikian menurut Cik siti Rohanizat selaku setiusaha sukan sekolah.Mereka ini juga telah terpilih mewakili daerah kubang pasu ke peringkat negeri yang akan diadakn pada 4 Mac ini di SMS Pokok Sena(SAINA).

Semoga mereka berjaya

CHE MAHMUD AWANG PKKOKU SBPIKP