Tuesday, March 07, 2006

Program Memasak Bubur Asyura SBPI Pekan, 2006




Pekan, 25 Feb – Pada jam 8.00 malam bertempat di Kafeteria Makmur, ahli jawatankuasa program telah mula menyediakan bahan-bahan untuk mamasak bubur asyura.

Kemudian bermula dari jam 8.00 pagi, bertempat di perkarangan rumah Pengetua, pelajar-pelajar mula menyediakan tempat, kawah-kawah dan juga bahan-bahan untuk memasak bubur asyura. Pelajar aspura mula menghidupkan api dan meletakkan empat kawah mengikut rumah sukan masing-masing. Pelajar aspuri pula, mengasingkan bahan-bahan yang telah disediakan pada malam sebelumnya.

Setelah bahan-bahan dimasukkan, para pelajar mula mengacau bubur dan mereka melakukannya secara bergilir-gilir. “Saya berasa bangga kerana ini merupakan kali pertama sambutan bubur asyura diadakan. Objektif untuk melihat kesungguhan student hampir tercapai”begitulah komen tuan pengetua

Sekitar jam 2.00 petang, bubur asyura pun siap dimasak. Bubur kemudiannya diagihkan kepada guru-guru, staf-staf sokongan serta para pelajar di dalam tupperware.

Dilaporkan oleh Tuan Haji Saadon@Saadan bin Yaakob, GPK Kokurikulum SBPI Pekan.

No comments: