Tuesday, March 07, 2006

SEMASHUR JUARA KEJOHANAN RAGBI MSSD HULU SELANGOR 2006

MONDAY , MARCH 06 , 2006 .

Kejohanan Ragbi MSSD Hulu Selangor Bawah 18 Tahun telah diadakan pada 9 Februari 2006 bertempat di SMK. Kuala Kubu Bharu . Kejohanan yang disertai oleh sebanyak 4 buah pasukan sekitar daerah Hulu Selangor iaitu SM. Sains Hulu Selangor , SMK. Syed Mansor , SMK. Kuala Kubu Bharu dan MRSM Kuala Kubu Bharu telah dilangsungkan secara Liga Satu Kumpulan . Kejohanan ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan semangat kesukanan . Pasukan SEMASHUR yang sememangnya menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan ini telah memulakan kempen dengan menentang pasukan SMK. Syed Mansor dengan kemenangan 30 - 0 . Pada Perlawanan kedua menentang satu lagi pasukan pilihan iaitu SMK. Kuala Kubu Bharu pasukan SEMASHUR telah menang 30 - 0 . Pada perlawanan terakhir pasukan SEMASHUR menewaskan pasukan MRSM Kuala Kubu Bharu dengan kemenangan besar 55 - 0 . Dengan kemenangan ketiga-tiga perlawanan ini SEMASHUR telah sekali lagi menjadi JOHAN Kejohanan Ragbi MSSD Hulu Selangor 2006 , Bawah 18 Tahun buat kali keempat berturut - turut semanjak tahun 2003 . Seramai 18 orang pemain telah terpilih mewakili Pasukan MSSD Hulu Selangor ke Kejohanan Ragbi MSS Selangor yang akan diadakan pada 20 -24 Februari 2006 di MSSD Klang . Tahniah dan terima kasih buat semua pemain ragbi SEMASHUR , En. Ahmad Kadir , En. Ruhaifi Abu Bakar dan En.Md Baharudin .

Sukan Cemerlang SEMASHUR Terbilang . Majulah sukan untuk SEMASHUR .

Dilaporkan oleh : MD BAHARUDIN BIN MAHANI ,PK KOKURIKULUM SM. SAINS HULU SELANGOR

No comments: