Tuesday, February 28, 2006

Larian Di Tengah Bandaraya


25.02.06 Seramai 600 pelajar SM Sains Alam Shah telah menyertai Larian Merentas Desa bertempat di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak K.L.Larian ini telah dilepaskan oleh Pengetua SM Sains Alam Shah Tn.Hj.Mohd. Idrus Abd. Hamid tepat jam 7.30 pagi.Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 17 dan 18 tahun.Johan bawah 18 dimenangi oleh Adam Saufi dari Rumah Syahbandar manakala bawah 17 Tahun pula dimenangi oleh Syed Mohd. Yasin Syed Mustafa dari Rumah Temenggung.Johan keseluruhan pula dimenangi oleh Rumah Laksamana dengan markah 580.Diharap melalui pertandingan ini pelajar lebih bersemangat untuk menyertai Hari Sukan pada 24.03.2006.
Dilaporkan oleh PK KOKO SM Sains ALam Shah En. Rijaludin Che Mat

No comments: