Tuesday, February 21, 2006

Mesyuarat PK Kokurikulum SBP Bil 1/2006


Putrajaya-21 Februari
Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh bil 1/2006 akan dijalankan pada 22-24 Februari 2006. Mesyuarat itu akan berlangsung di Marina Cove Resort, Lumut. Mesyuarat akan dihadiri oleh 54 PK Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Antara agenda yang akan diperbincangkan adalah pembentangan minit mesyuarat 2005, Fail Meja PK Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan. En Razmi bin Mat Husin dari Sektor SBP juga akan memberikan taklimat khas mengenai Program Pembangunan Sukan RMK-9 di SBP.
Semoga mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

No comments: