Monday, February 27, 2006

SMSPP : Srikandi Terbilang Mewakili Kelantan

SMSPP - 26 Februari 2006
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh telah mula menghantar pelajar untuk mewakili negeri Kelantan dalam kejohanan peringkat kebangsaan.Dalam kejohanan Tennis Sirkuit Remaja Kebangsaan yang diadakan pada 12 hingga 14 Januari 2006, seorang pelajar SMSPP, iaitu FATIN MAHIRAH ABDUL MANAF telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori bawah Bawah 16 Tahun Beregu Perempuan.Kejayaan beliau telah menyuntik semangat kepada para pelajar yang lain.

Seterusnya dalam Kejohanan Bola Tampar MSSDPP/M yang berlangsung pada 14 hingga 15 Februari pula telah menyerlahkan keunggulan pasukan bola tampar SMSPP. Pasukan SMSPP Bawah 15 Perempuan telah berjaya mewakili PPD Pasir Puteh/ Machang untuk bertanding di peringkat MSSK. Walaupun pasukan SMSPP tidak mendapat tempat terbaik, tetapi dua orang pelajarnya telah berjaya terpilih untuk mewakili Kelantan ke pertandingan MSSM.
Matlamat SMSPP untuk menjadi pusat kecemerlangan sukan pasti akan berjaya.
KE ARAH MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PADA TAHAP GLOBAL.

Oleh : Rozaidi Abdul Majid
PK KO SMSPP


No comments: