Monday, February 27, 2006

TEMASYA SUKAN SEPINTAR 2006

Rawang -27/2/2006
Temasya Sukan SBPI Rawang ke 4 telah dilaksanakan pada 12 Februari 2006 (Ahad) bertempat di Padang SEPINTAR, acara bermula dengan perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan dan diikuti dengan pembacaan ikrar serta ucapan aluan Tuan Pengetua dan Ucapan Perasmian oleh Encik Juhari Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan Bandar Dan Pembangunan Majlis Perbandaran Selayang. Acara-acara lain yang dijalankan ialah 100m,400m,4x100m, 4x200m,4x400m dan tarik tali bagi ketegori Lelaki / Perempuan kelas 1 dan 2 . Rumah Merah telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Acara Sukan Sekolah tamat pada jam 3.00 petang selepas upacara penyampaian hadiah.
Dilaporkan oleh: Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SBPI Rawang)

No comments: