Monday, February 27, 2006

Perkhemahan KRS SEPINTAR 2006

Rawang-27/2/2006
Kadet Remaja Sekolah SBPI Rawang(SEPINTAR) telah berjaya mengadakan Perkhemahan Tahunan bagi tahun ini di Kem P2, Ulu Yam Selangor pada 24 hingga 26 Februari 2006. Seramai 160 Kadet telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti seperti Survival, Night Walk, Jungle Trekking dan Ikhtiar Hidup. Tuan Pengetua, Puan Hajjah Saadah Bt. Othman telah menyempurnakan Perasmian Pembukaan manakala upacara penutupan dan penyampaian hadiah dilaksanakan pada hari terakhir perkhemahan. Tahniah diucapkan kepada Guru-Guru Penasihat KRS SEPINTAR iaitu Encik Kamisan Siham dan Encik Faradin di atas daya usaha tanpa jemu mereka mendidik dan melatih pelajar-pelajar KRS.
Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal B. Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

No comments: