Tuesday, February 28, 2006

Tahniah

Tahniah kepada PK Kokurikulum yang telah mula menggunakan platfom blog untuk menyebarkan maklumat aktiviti kokurikulum sekolah masing-masing. Saya seronok membacanya. Daripada berita yang dihantar kita di sektor dapat tahu serba sedikit apa yang berlaku di SBP.

Kepada yang belum lagi mencuba. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk "berblogger".

Mohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata tersilap cakap semasa mesyuarat kita baru-baru ini.

RAZMI MAT HUSIN
PP Sektor SBP

Larian Di Tengah Bandaraya


25.02.06 Seramai 600 pelajar SM Sains Alam Shah telah menyertai Larian Merentas Desa bertempat di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak K.L.Larian ini telah dilepaskan oleh Pengetua SM Sains Alam Shah Tn.Hj.Mohd. Idrus Abd. Hamid tepat jam 7.30 pagi.Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 17 dan 18 tahun.Johan bawah 18 dimenangi oleh Adam Saufi dari Rumah Syahbandar manakala bawah 17 Tahun pula dimenangi oleh Syed Mohd. Yasin Syed Mustafa dari Rumah Temenggung.Johan keseluruhan pula dimenangi oleh Rumah Laksamana dengan markah 580.Diharap melalui pertandingan ini pelajar lebih bersemangat untuk menyertai Hari Sukan pada 24.03.2006.
Dilaporkan oleh PK KOKO SM Sains ALam Shah En. Rijaludin Che Mat

SAINS ALAM SHAH DISERBU


K.L.18.02.06 SM Sains Alam Shah telah diserbu sempena Hari Karnival dan Terbuka Asrama.Hampir 1.000 orang telah mengunjungi pelbagai pameran dan gerai jualan yang diadakan.Sebanyak 39 gerai makanan dan 4 gerai pameran termasuk Pameran Kereta Nasional, Pertunjukan Bomba dan Bank telah dibuka sempena Hari Karnival ini.Gerai-gerai ini terdiri dari pelbagai Kelab Akademik,Kelab Bukan Akademik Kelab Sukan dan Badan Beruniform.Hari Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengetua SM Sains Alam Shah Tn. Hj. Mohd. Idrus Abd. Hamid tepat jam 9.00 pagi
Dilaporkan oleh PK KOKO SM Sains Alam Shah En. Rijaludin Che Mat

Monday, February 27, 2006

Kejohanan Olahraga KUSESS kali ke-8


Kejohanan Olahraga KUSESS kali ke-8 telah berlangsung selama 3 hari, iaitu dari 20 hingga 22 Februari 2006. Acara dimulakan pada jam 3.30 petang setiap hari. Acara kemuncak telah dijalankan pada 22 Februari bermula jam 7.30 pagi bertempat di Stadium Malawati. Berikut adalah keputusan akhir Sukan 2006
Pertama : Waja
Kedua : Wira
Ketiga : Satria
Keempat : Perdana
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua rumah sukan atas usaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.

Perkhemahan KRS SEPINTAR 2006

Rawang-27/2/2006
Kadet Remaja Sekolah SBPI Rawang(SEPINTAR) telah berjaya mengadakan Perkhemahan Tahunan bagi tahun ini di Kem P2, Ulu Yam Selangor pada 24 hingga 26 Februari 2006. Seramai 160 Kadet telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti seperti Survival, Night Walk, Jungle Trekking dan Ikhtiar Hidup. Tuan Pengetua, Puan Hajjah Saadah Bt. Othman telah menyempurnakan Perasmian Pembukaan manakala upacara penutupan dan penyampaian hadiah dilaksanakan pada hari terakhir perkhemahan. Tahniah diucapkan kepada Guru-Guru Penasihat KRS SEPINTAR iaitu Encik Kamisan Siham dan Encik Faradin di atas daya usaha tanpa jemu mereka mendidik dan melatih pelajar-pelajar KRS.
Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal B. Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

SMSPP : Srikandi Terbilang Mewakili Kelantan

SMSPP - 26 Februari 2006
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh telah mula menghantar pelajar untuk mewakili negeri Kelantan dalam kejohanan peringkat kebangsaan.Dalam kejohanan Tennis Sirkuit Remaja Kebangsaan yang diadakan pada 12 hingga 14 Januari 2006, seorang pelajar SMSPP, iaitu FATIN MAHIRAH ABDUL MANAF telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori bawah Bawah 16 Tahun Beregu Perempuan.Kejayaan beliau telah menyuntik semangat kepada para pelajar yang lain.

Seterusnya dalam Kejohanan Bola Tampar MSSDPP/M yang berlangsung pada 14 hingga 15 Februari pula telah menyerlahkan keunggulan pasukan bola tampar SMSPP. Pasukan SMSPP Bawah 15 Perempuan telah berjaya mewakili PPD Pasir Puteh/ Machang untuk bertanding di peringkat MSSK. Walaupun pasukan SMSPP tidak mendapat tempat terbaik, tetapi dua orang pelajarnya telah berjaya terpilih untuk mewakili Kelantan ke pertandingan MSSM.
Matlamat SMSPP untuk menjadi pusat kecemerlangan sukan pasti akan berjaya.
KE ARAH MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PADA TAHAP GLOBAL.

Oleh : Rozaidi Abdul Majid
PK KO SMSPP


New Blog site for SBP Integrasi Mersing

It was a real eye opener for me during the recently held PK Kokurikulum meeting in Lumut Perak. The session on blog was very informative and as a result I have managed to put into practice what l have gathered in that session. Please visit sbpim-koku.blogspot.com to see for yourself and l hope it will be informative for everyone concerned. Thank You.
Posted by Sohimi Hasnan PK Kokurikulum SBPIM

Klinik Robofest

3 SBP Integrasi Mersing form 3 students will be attending a KLINIK ROBOFEST organised by Jabatan Pelajaran Johor. The 3 form 3 students are Mohd Faliq B. Moktar, Zulkifli B. Rothmans and Mohd Azimudin Maon. 10 invited schools are attending the clinic and its a great honour for us to be the invited participants. The clinic will be held on the 28 February 2006 at the SIRIM Bhd Senai.

Posted by Sohimi Hasnan PK Kokurikulum SBPIM

10 Pemain Ragbi SEPINTAR Ke MSS Negeri Selangor

Rawang-27/2/2006
Seramai 10 orang pemain Ragbi SBPI Rawang telah terpilih mewakili Daerah Gombak ke MSS Negeri Selangor dalam pertandingan Ragbi bawah 18 tahun. Pertandingan telah berlangsung disekitar Daerah Klang pada 20 hingga 23/2/2006. Pasukan Ragbi daerah Gombak telah berjaya menjadi Johan Plate. Tahniah diucapkan.
Dilaporkan Oleh Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

SEPINTAR Naib Johan Ragbi MSSD Gombak

Rawang 27/2/2006.
SBPI Rawang(SEPINTAR) telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Ragbi MSSD Gombak yang diadakan di Padang SBPI Rawang pada 13 hingga 15 Februari 2006. Sebanyak 12 sekolah dari sekitar daerah Gombak mengambil bahagian. SBPI Gombak telah muncul juara setelah mengalahkan SBPI Rawang dalam perlawanan akhir sebanyak 13-17. Walaubagaimanapun tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Ragbi SEPINTAR kerana telah menunjukkan semangat dan jaya juang yang tinggi disepanjang perlawanan. Acara perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Amran Bin Maskor, Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.
Dilaporkan oleh En.Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

TEMASYA SUKAN SEPINTAR 2006

Rawang -27/2/2006
Temasya Sukan SBPI Rawang ke 4 telah dilaksanakan pada 12 Februari 2006 (Ahad) bertempat di Padang SEPINTAR, acara bermula dengan perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan dan diikuti dengan pembacaan ikrar serta ucapan aluan Tuan Pengetua dan Ucapan Perasmian oleh Encik Juhari Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan Bandar Dan Pembangunan Majlis Perbandaran Selayang. Acara-acara lain yang dijalankan ialah 100m,400m,4x100m, 4x200m,4x400m dan tarik tali bagi ketegori Lelaki / Perempuan kelas 1 dan 2 . Rumah Merah telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Acara Sukan Sekolah tamat pada jam 3.00 petang selepas upacara penyampaian hadiah.
Dilaporkan oleh: Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SBPI Rawang)

3 PELARI SASER KE NEGERI

Tiga pelajar SASER telah tersenarai dalam sepuluh orang pelari terbaik daerah dalam Kejohanan Merentas Desa MSSMD Seremban Utara baru-baru ini. Pelajar-pelajar tersebut adalah Luqmanul Hakim B. Suhaimi, Mohd Haafiz B. Nordin dan Ahmad Farabi B. Ab Manaf yang kesemuanya merupakan pelajar tingkatan lima. Kemenangan ini secara tidak langsung telah mengangkat nama SASER sebagai Johan Lelaki Kelas Satu. Syabas SASER!







PK Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Seremban

Acara Merentas Desa SEPINTAR ke 4 2006

Rawang 27/2/2006
Acara Merentas Desa SBPI Rawang ke 4 telah dilaksanakan pada 20/1/2006, seramai 500 orang pelajar telah mengambil bahagian mewakili rumah masing-masing bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Latihan Rumah-Rumah Sukan untuk merentas desa telah dijalankan pada 17 hingga 19/1/2006. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajjah Saadah Binti Othman. Rumah Merah telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Secara keseluruhannya Acara Merentas Desa telah berjalan dengan jayanya dan semua pelajar serta guru-guru telah memberikan kerjasama yang sangat baik.
Dilaporkan oleh : Encik Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

SASER JUARA LAGI BOLA TAMPAR MSSMDSU

Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) telah menjuarai lagi Kejohanan Bola Tampar peringkat MSSM Daerah Seremban Utara. Kejohanan Bola Tampar kategori Lelaki Bawah 18 tahun ini telah disandang oleh SASER tiga tahun berturut-turut. Resipi kejayaan ini adalah hasil usaha guru yang terlibat iaitu En. Norazhar b. Mohd Sah dan En. Azhar B. Hashim yang merupakan pengurus dan jurulatih yang berkaliber di samping pemain-pemain yang kominted untuk terus kekal unggul dalam pemainan bola tampar ini.





PK Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Seremban

Tuesday, February 21, 2006

Mesyuarat PK Kokurikulum SBP Bil 1/2006


Putrajaya-21 Februari
Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh bil 1/2006 akan dijalankan pada 22-24 Februari 2006. Mesyuarat itu akan berlangsung di Marina Cove Resort, Lumut. Mesyuarat akan dihadiri oleh 54 PK Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Antara agenda yang akan diperbincangkan adalah pembentangan minit mesyuarat 2005, Fail Meja PK Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan. En Razmi bin Mat Husin dari Sektor SBP juga akan memberikan taklimat khas mengenai Program Pembangunan Sukan RMK-9 di SBP.
Semoga mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Tuesday, February 14, 2006

KUSESS JOHAN RAGBI MSS KUALA SELANGOR 2006

Tahniah kepada jurulatih dan pemain ragbi B 18 thn KUSESS kerana telah menjadi johan pertandingan ragbi MSSD Kuala Selangor buat kali ke 6 berturut-turut. Pertandingan yang diadakan di padang SMK Jeram telah menemukan pasukan KUSESS dan SMK Dato Harun Tanjung Karang pada perlawanan akhir pada 9 Feb 2006 dalam suasana hujan lebat. KUSESS menang dengan 10-0 setelah berjaya menewaskan SM Sri Tanjong 36-0 pada pusingan separuh akhir. Tahniah KUSESS , semoga berjaya untuk B 15 thn.

Thursday, February 09, 2006

Kejohanan merentas desa KUSESS 2006


Kejohanan Merentas Desa KUSESS telah dijalankan pada 21 Januari yang lepas. Keputusan ... Juara jatuh kepada rumah Wira, diikuti Waja, Perdana dan Satria. Encik Mukharita selaku setiausaha sukan telah berjaya menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Tahniah pada beliau dan juga guru terutamanya guru rumah sukan yang memenangi kejuaraan merentas desa kali ini iaitu rumah WIRA.

Majulah sukan untuk KUSESS