Thursday, June 03, 2010

KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010


DANIA NAQIYAH BT AHMAD FAUZI TING 4
Pada 6 Mei yang lalu , seorang pelajar SEMESRA yang bernama Dania Naqiyah bt Ahmad Fauzi telah mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam pertandingan Public Speaking di SMK Dato' Sedia Raja. Dania telah berjaya menjadi johan dan sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.
Selepas menjadi johan daerah, Dania mewakili daerah Rembau ke peringkat Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada 20 Mei 2010 di SM Teknik Kuala Klawang. Setelah berusaha dengan gigih, Dania mendapat tempat keempat dan sekali lagi Dania menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Rembau di peringkat Negeri Sembilan.Tahniah diucapkan.
Ucapan penghargaan kepada Dato' Haji Azam bin Hj Md Atan atas sokongan yang diberikan. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Pn Hasni bt Bakar dan guru Bahasa Inggeris yang memberi dorongan dan tunjuk ajar serta menjayakan objektif Panitia Bahasa Inggeris.

No comments: