Thursday, June 03, 2010

SEMESRA MENYERTAI PERTUNJUKAN SAINS PETROSAINS 2010


Seramai 2 orang pelajar dari Semesra iaitu Emir Rhys bin Supri dan Mohammad Amir Ainn bin Mohd Johari telah menyertai pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2010 pada 14 April 2010 di Seremban Parade. Pelajar-pelajar telah menunjukkan bakat dan minat mereka dalam mengaplikasikan konsep sains dan dapat menambahkan pengetahuan sewaktu petandingan. Ucapan penghargaan ditujukan kepada Dato' Haji Azam bin Hj. Md Atan yang memberi sokongan yang padu dalam projek ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik ,Cik Norhayati binti Ahmad Sidi yang memberi dorongan kepada mereka sehingga akhir pertunjukan sains tersebut.












No comments: