Wednesday, June 02, 2010

SEMESRA MENJALANKAN KELAS TAHFIZ DALAM PROGRAM MUTIARA SUCI








Program Mutiara Suci telah bermula pada 2 Mac 2010 dan sedang dilaksanakan di Sekolah Menengah Sains Rembau. Seramai 16 orang pelajar telah terpilih melalui temuduga yang dijalankan oleh Ustaz dan Ustazah SEMESRA.Kelas Tahfiz ini diadakan setiap malam hari Isnin, Selasa dan Rabu selepas Solat Maghrib hingga 9.10 malam dan setiap pagi pada hari Sabtu dan Ahad. Sukatan Hafazan bagi Tingkatan Satu ialah 30 Juz' selama 5 tahun dan bagi tingkatan 4 pula sebanyak 14 surah dipilih untuk kelas Tahfiz ini.
Aktiviti yang dijalankan ialah pelajar-pelajar digalakkan sembahyang solat sunat Hifzi bersama-sama pada malam hari minggu. Selain itu, pelajar-pelajar disunatkan berpuasa bersama guru kelas Tahfiz setiap hari Isnin. Beberapa orang pelajar di hantar sebagai pemerhati ke pertandingan Hafazan di Peringkat Kebangsaan pada 21 April 2010.
Ucapan penghargaan kepada Dato' Haji Azam bin Md Atan atas dorongan dan sokongan beliau serta kerjasama dari guru-guru Kelas Tahfiz Sekolah Menengah Sains Rembau untuk menjayakan Program Mutiara Suci ini.


No comments: