Tuesday, March 02, 2010

SMSS MENJUARAI KEJOHANAN RAGBI LIGA CROWN BAWAH 16 TAHUN




Kuala Lumpur, 1 Mac - SMSS dinobatkan sebagai johan kategori bawah 16 tahun Kejohanan Ragbi Liga Crown yang dianjurkan oleh Bintang Rugby Club. Kejohanan yang sepatutnya tamat pada penghujung 2009 yang lalu akibat masalah cuaca diteruskan pada awal tahun ini. Selain SMSS, antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah Bintang Rugby Club, Victoria Institution, SMK St John, SBPI Gombak, Sekolah Sultan Alam Shah dan Maktab Tentera Diraja. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Crown Relocated iaitu Mr Roland Kelly sebagai penaja utama kejohanan pada perhimpunan pagi di Dataran Bendera SMSS. Turut hadir sama ialah Mr Andrew selaku urusetia kejohanan. Sementara itu pasukan ragbi bawah 14 tahun SMSS hanya menduduki tempat kedua setelah tewas kepada BRC dalam perlawanan peringkat kumpulan.

No comments: