Thursday, March 11, 2010

HKSBP Zon Utara

PENGENALAN

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) merupakan suatu program di bawah bahagian pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kluster yang dilaksanakan pada setiap tahun kini telah menjangkau usia ke 37 tahun.

Program ini menjadi medan untuk menonjolkan bakat kecemerlangan warga SBP khususnya dalam permainan bola keranjang dan pertandingan bahas Bahasa Melayu serta Bahas Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, program ini dijadikan platform untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang warga SBP dalam bidang kurikulum dan bidang kokurikulum.


Sebagai sebuah Institusi pendidikan yang dipandang tinggi oleh masyarakat, pelaksanaan HKSBP diharapkan dapat membuka mata masyarakat bahawa pelajar-pelajar SBP boleh menjadi teladan kepada pelajar lain dari segi pencapaian tertinggi dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum samada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Selain menjadi medan pertandingan bola keranjang dan bahas, program ini juga menjadi wahana yang tepat bagi seluruh waga SBP khususnya di peringkat zon utara untuk bertemu, berkumpul, serta bertukar-tukar fikiran secara mesra dan harmoni dalam satu keluarga besar SBP.


Di antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian


Beberapa sedutan perlawanan bola keranjang yang telah berlangsung

No comments: