Tuesday, March 02, 2010

MINGGU SAINS DAN TEKNOLOGI DI SM SAINS SELANGOR




Kuala Lumpur, 1 Mac - Minggu Sains dan Teknologi peringkat Sekolah Menengah Sains Selangor telah dilancarkan secara rasminya pagi tadi. Majlis perlancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Abdul Aziz S.A. Kadir, Fellow Akademi Sains Malaysia. Turut hadir menyaksikan majlis perlancarannya ialah Pengetua SMSS, Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim, guru-guru dan pelajar-pelajar. Dalam ucapan, beliau memuji pihak sekolah atas inisiatif mengadakan minggu tersebut dan berharap suatu hari nanti akan lahir pemenang hadiah nobel sains antarabangsa dalam kalangan pelajar-pelajar SMSS. Dengan bertemakan "Science Alive" Minggu Sains dan Teknologi ini bermula pada 1 hingga 6 Mac 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti career hunt, ceramah kerjaya, lawatan dan pameran, science alive competition, science camp, mighty minds competition dan sebagainya.

No comments: