Monday, March 01, 2010

Merentas Desa SBPI Pekan Meriah


SBPI Pekan telah manganjurkan Kejohanan Merentas Desa kali yang ke -7. Kawasan larian yang meliputi taman perumahan Taman Mentiga. Jarak yang ditetapkan adalah 8 kilometer dan 6 kilometer mengikut katogeri. Sebelum bermulanya acara tersebut, para pelajar dikumpulkan mengikut pasukan rumah masing masing bagi mambuat senaman ringan untuk meregangkan otot seterusnya taklimat diberikan.
Tepat jam 8.30 pagi, pelajar kategori A telah dilepaskan oleh Tn. Hj. Azhari B. Tauhid, Pengetua SBPI Pekan dan diikuti oleh kategori yang lain selepas 10 minit dilepaskan. Tepat jam 11.00 pagi, upacara penyampai hadiah disempurnakan oleh barisan pentadbir. Kejohanan Merentas Desa ini merupakan acara pembuka tirai kepada persaingan dalam sistem rumah.

No comments: