Monday, March 01, 2010

PASUKAN RAGBI SMSS MENERIMA KUNJUNGAN PASUKAN RAGBI AL-AIN, UAE







Kuala Lumpur, 25 Feb - Pasukan ragbi SMSS telah menerima kunjungan daripada pasukan ragbi Al-Ain, UAE dalam perlawanan persahabatan yang telah diadakan di Padang Wembley, SMSS. Pasukan ragbi Al-Ain yang terdiri daripada 20 orang pemain dan 2 orang pegawai berada di Malaysia untuk menyertai Kejohanan Ragbi BRC yang diadakan pada 27 dan 28 Februari 2010 di Alice Smith International School, Seri Kembangan. Dalam perlawanan persahabatan tersebut pasukan SMSS telah berjaya mengalahkan Al-Ain sebanyak 21 berbalas 5. Sungguhpun pasukan lawan memiliki susuk badan yang besar dan tegap namun pasukan SMSS membuktikan bahawa dengan semangat dan usaha yang gigih mereka mampu menewaskan pasukan lawan. Perlawanan persahabatan ini merupakan salah satu program yang telah dirancang dibawah program kebitaraan ragbi SMSS. Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah YDP PIBG SMSS Prof Madya Dr Azizan bin Asmuni dan Presiden ALUMNI SMSS, Saudara Shahrunisam bin Kasio. Pada penghujung Mac nanti, pasukan ragbi SMSS akan mengadakan persahabatan dengan pasukan ragbi bawah 18 tahun Hong Kong di padang SMSS.

No comments: