Thursday, July 01, 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM WARGA PENDIDIKAN PRIHATIN ALAM SEKITAR











PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan program 'Warga Pendidikan Prihatin Alam Sekitar' pada Rabu, 30 Jun 2010 mulai jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Perdana Puteri, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Penaung PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini dianjurkan oleh PUSPANITA dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga pendidikan tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan kelestarian alam sekitar demi untuk kelangsungan hidup generasi akan datang. Objektif utama program ini adalah :-

* Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah secara lebih bersepadu tentang keperluan menjaga alam sekitar di kalangan wargha sekolah.

* Memupuk nilai cintakan alam semula jadi khususnya dikalangan masyarakat tempatan.

* Memberi kefahaman dikalangan masyarakat mengenai komponen-komponen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pemeliharaan alam sekitar.

* Mewujudkan interaksi dan iklim komunikasi yang lebih mesra di antara semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan

* Memenuhi tuntutan syariat bagi menjalinkan hubungan dan perpaduan yang harmoni antara semua bangsa menerusi program yang diadakan.

Pameran berkaitan alam sekitar juga akan turut diadakan pada hari berkenaan. Penyanyi Ikwal Hafiz yang juga merupakan Duta program ini akan turut mempersembahkan beberapa buah lagu. Program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, PUSPANITA KPM dan Kumpulan Karangkaraf ini ditaja oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Bostonweb, Bank Rakyat, SASBADI, Sunway Lagoon dan Canggih dengan kerjasama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Maklumat lanjut dan borang penyertaan untuk pertandingan yang berkaitan boleh diperolehi dalam majalah e-SISWA edisi Julai 2010 terbitan Kumpulan Karangkraf yang menampilkan dua orang murid SBP iaitu Aina Farzana (SSP) dan Zohair (SSAS) sebagai penghias muka depan edisi khas program khas "Warga Pendidikan Prihatin Alam Sekitar". Marilah bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dalam setiap aspek kehidupan kita demi kesejahteraan kehidupan pada masa depan.

No comments: