Thursday, July 01, 2010

PERSEMBAHAN ORKESTRA CONCORDIA COLLEGE & MAJLIS SAMBUTAN MODERN SCHOOL, INDIA













Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengadakan majlis khas untuk persembahan orkestra Concordia College (Australia) dan Majlis Sambutan Modern School (India) pada Khamis, 1 Julai 2010 bertempat di Dewan Perdana Puteri mulai jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Concordia College, Australia dalam rangka lawatan dan persembahan di Malaysia antara 27 Jun - 10 Julai 2010.

Persembahan yang diberi nama Big Band & Concert Band in Concert - Featuring Special Guest Georgia Germein akan dipersembahkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pulau Pangkor dan Teluk Intan. Sekolah Seri Puteri bertuah kerana berpeluang menjadi hos kepada persembahan pasukan orkestra yang terkenal di Adelaide, Australia. Murid-murid dan guru SMS Bagan Datoh, Perak dan SMS Rembau, Negeri Sembilan juga hadir menyaksikan persembahan. Persembahan Orkestra Concordia College dibahagikan kepada dua segmen yang mana segmen pertama 'Concert Band' dipimpin oleh Mat Noble (Director Of Music and Tour Leader) manakala segmen kedua 'Big Band' dipimpin oleh Mike Stewart (Big Band Director). Persembahan lagu-lagu Family Guy, Portrait of a Clown, Eureka, Afterburn, I'm a Believer, It Might Be Gone , Someone Out There, When I Fall In Love, Pescados Frescos, How About You dan I'll Be Around. Persembahan selama satu jam ternyata memukau hadirin yang memenuhi dewan. Penyanyi yang mengeluarkan CD "Georgia" mengambil sempena namanya sendiri iaitu Georgia Germein juga tampil menghiburkan penonton menyanyikan dua lagu dengan iringan muzik orkestra.

Majlis juga diserikan oleh persembahan murid-murid daripada Modern School, India yang mempersembahkan lagu-lagu dan tarian yang terkenal antaranya 'Jaiho'. Selain itu, murid-murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya juga menampilkan bakat masing-masing dengan mempersembahkan tiga tarian. Majlis berakhir dengan persembahan dua lagu oleh kumpulan orkestra Seri Puteri Winds.

No comments: