Thursday, July 08, 2010

SBPI TEMERLOH MENYERTAI PROGRAM KECEMERLANGAN INSAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

























Pada 5 hingga 8 Julai 2010 sermai 18 orang pelajar tingkatan 4 SBPI Temerloh telah terpilih menyertai program Kecemerlangan Insan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang. Program berkenaan telah diadakan di Kem Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Program 4 hari 3 malam itu telah memberi manfaat yang amat berguna kepada semua peserta.
Antara pengisian program berkenaan ialah Motavasi di Universiti Malaysia Pahang, Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia, TUDM, RTM, berkayak, berbasikal, wall climbing dan banyak lagi. Perasmian penutup disempurnakan oleh En Jaafar Bin Idris Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang pada 8 Julai 2010 jam 10.30 pagi. Dalam ucapan penutupan beliau menyentuh beberapa perkara ke arah pembentukan modal insan masa depan. Antaranya ialah :
  • Satu sukan satu murid seperti yang disarankan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia.
  • Mengamalkan hidup sihat - jaga kesihatan diri.
  • Sukan berprestasi tinggi - boleh membantu perkembangan ekonomi negara, menaikan maruah bangsa dan negara.
  • Insan Cemerlang
  • Bijaksana - IQ cemerlang - berilmu, berkemahiran dan menimba pengalaman.
  • Jati diri - cinta pada bangsa dan negara, modal insan, berfikir di luar kotak, memupuk bakat sedia ada, ada hala tuju, berdisiplin, buang sikap dengki sombang dan sebagainya.

Majlis bersurai jam 1 tengahari, Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengarah Pelajaran Pahang, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Ketua unit Pusat Kokurikulum, Penyelia Logistik dan Pembangunan, En Nor Fadhil B Mohamad Arof, En Mohamad Azam Bin Abd Aziz dan semua pegawai Kem SHAH, Jurulatih, Guru pengiring, pelajar dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima Kasih. Guru Pengiring Pn Ana Afzan Bt Arshad dan Cik Fauziah Hendry.

No comments: