Thursday, September 16, 2010

KEJOHANAN RAGBI SEKOLAH-SEKOLAH PREMIER PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2010

Piala Pusingan Johan Pertandingan Ragbi Antara Sekolah-Sekolah Premier sumbangan Y.B. Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Kini milik Pasukan Ragbi STAR, Ipoh bagi tahun 2010.

Para pemain sedang melakukan aksi 'scrum'

Salah seorang pemain melarikan bola terus maju ke hadapan

Para pemain sedang melakukan 'ruck'

Para pemain dari pasukan STAR, Ipoh dan pasukan Maktab Sabah sedang bergambar

Aksi 'line-up' dari para pemain finale Pertandingan Ragbi Antara Sekolah-Sekolah Premier Kebangsaan 2010

Aksi 'scrum' yang sangat bertenaga

Aksi-aksi bersemangat yang penuh mendebarkan setiap mata yang menonton

Para pemain STAR, Ipoh dengan bangganya menyanyikan lagu 'rouse up STAR' selepas berjaya menumbangkan pasukan Maktab Sabah.


Tahun 2010 merupakan tahun yang cemerlang bagi pasukan Ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Pasukan yang sinonim dengan gelaran COBRATASHA sekali lagi berjaya mengharumkan nama Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Pada tahun 2010, kejayaan demi kejayaan berjaya diraih dalam membuktikan pasukan ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah matang dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang. Apa yang lebih membanggakan, kejayaan muncul sebagai johan dalam Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2010 merupakan suatu kejayaan yang cukup membanggakan kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan warganya. Kejohanan yang berlangsung pada 26 hingga 29 Julai 2010 bertempat di Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah membawa tuah di mana sejarah tercipta setelah kemarau johan selama 35 tahun. Dengan kelebihan di tempat sendiri Pasukan Ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman tampak garang mendominasi setiap perlawanan. Akhirnya, Pasukan Ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman berjaya menamatkan kemarau tersebut dengan membenam pasukan Ragbi Maktab Sabah dengan mata 19-12. Kejayaan ini merupakan kejayaan kepada semua warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman kerana dengan berkat doa dan sokongan padu telah membantu menjulang trofi kejohanan yang berprestij ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu Pasukan Ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman dari segi kewangan dan sokongan moral secara langsung atau tidak langsung. Semoga kejayaan mengungguli Kejohanan Ragbi Premier Peringkat Kebangsaan 2010 menjadi inspirasi dalam memenangi kejohanan-kejohanan pada masa hadapan.

No comments: