Friday, September 03, 2010

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SSP CYBERJAYA




Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bersama-sama PIBG menganjurkan Program Ihya' Ramadhan pada Isnin, 30 Ogos 2010 bertempat di Surau Puteri dan Dewan Makan bermula jam 4.30 petang. Program bermula dengan Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Husaini Kasran, seterusnya Majlis Berbuka Puasa , Solat Maghrib, Ceramah Nuzul Al Quran dan Solat Terawih. Ceramah Khas sempena Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Mohd Asri Abdullah, Pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka bertajuk "Al Quran Pedoman Kehidupan Pelajar Muslim". ALUMNI SSP juga menyampaikan bantuan kepada murid-murid terpilih bersempena majlis berkenaan. Majlis dihadiri oleh AJK PIBG, Guru-guru dan murid-murid.



No comments: