Thursday, September 02, 2010

PROGRAM PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA PELAJAR SIRI3 VOY 256 LUMUT-LANGKAWI-LUMUT






Tanggal 1 hingga 10 Ogos 2010, seramai 24 orang pelajar seluruh Malaysia, yang terlibat dalam program ini yang mana salah seorang pelajar tingkatan 4 SHAH PEKAN iaitu MUMTAZ AKMAL BT MOHD MABROR telah terpilih. Sebagai persediaan untuk pelayaran, peserta diwajidkan membuat pemeriksaan kesihatan selain membawa keperluan yang disarankan.
Semasa mengikuti program ini, para pelajar didedahkan beberapa aktiviti iaitu wall climbing, water confident, snorkelling dan jungle trekking. Selain itu semasa pelayaran, pelajar dimestikan melaksanakan tugasan seperti mencuci tembaga(happy hour),belajar ikatan, menyelamat mangsa lemas bersama helikopter NAVY, mencuci kapal, dan morning fitness(berjalan sepanjang jeti). Di samping itu beberapa pertandingan diadakan iaitu mengenal barang dan tali, tarik tali,mengembangkan & menggulung layar, peperiksaan bertulis dan malam sosial(berhibur-karaoke).Pada 10 Ogos 2010, semua pelajar selamat sampai di Pelabuhan Lumut. Ketika itu pelajar diberkan aktiviti kecergasan,happy hour dan cuci kapal. Upacara penyampaian sijil dan hadiah,sesi pengambaran dan majlis penutupan telah dilangsungkan pada masa itu.

No comments: