Tuesday, March 21, 2006

STF UNGGULI OLAHRAGA MSSM JOHOR BAHRU 2006

Pada 6 - 10 Mac 2006, Kejohanan Olahraga MSSM/Johor/Johor Bahru 2006 telah diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Sebanyak 45 buah sekolah sekitar daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian dan Sekolah Tun Fatimah telah menghantar seramai 58 orang atlet. Pada hari pertama kejohanan, Sekolah Tun Fatimah telah meraih satu pingat gangsa melalui SHAZANA SOHAIMEE dalam acara Melempar Cakera P15. Pada hari kedua, 2 pingat emas dan 4 pingat perak telah diperolehi dalam acara 200m P13 (FARAH SYAHIRAH NORAZMI) dan 200m P18 (SITI FARAH SAIFUL BAHARI). SITI FARAH SAIFUL BAHARI telah berjaya mencipta rekod baru dengan masa 28.68saat. Pingat-pingat perak pula diperolehi oleh NUR HANANI HAKIM (200m P15 dan lompat jauh P15), JUSHAZRINA SYAHIRAH RAMLI (melontar peluru P13) dan NUR ZARINA ISMAIL (400m lompat pagar P18).
1 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa menyinari kontinjen Sekolah Tun Fatimah pada hari ketiga kejohanan. SITI FARAH SAIFUL BAHARI mendapat pingat emas keduanya melalui acara lompat jauh P18 sementara pingat-pingat perak diperolehi oleh AIMI ATHIRAH SHAARI (lompat kijang P15) dan 3 acara relay (4 x 200m P14, 4 x 400m P14 dan 4 x 400m P16). NUR HIDAYAH MD. SALLEH berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 3000m Terbuka sementara AINUL AFIQAH JAMIL mendapat tempat keenam acara 10kmJalan Kaki Terbuka.
NUR RAWAIDA MD. YUSOF (lompat kijang P18) dan NUR ZARINA ISMAIL (100m lari berpagar P18) menyumbangkan 2 pingat emas pada hari keempat sementara 3 pingat perak disumbangkan oleh NORATIKA SAPTU (100m lari berpagar P13), NURUL ADIBAH MOKHTAR (400m P13) dan NUR FARHANAH FAUZI (400m P18). NUR AISYAH IZZATI ZULKEFLI (100m lari berpagar) menyumbangkan pingat gangsa sementara ERMI SYAFIQAH SAAT mendapat tempat kelima acara 5km Jalan Kaki.
Sekolah Tun Fatimah memenangi semua pingat emas acara 100m Perempuan hari terakhir kejohanan apabila FARAH SYAHIRAH NORAZMI (100m P13), NUR HANANI HAKIM (100m P15) dan SITI FARAH SAIFUL BAHARI (100m P18)memenangi acara masing-masing. ANIS NADHIRAH RAZIZAD pula memenangi pingat perak acara 3km Jalan Kaki sementara kuartet 4 x 100m P14 dan P16 meraih pingat gangsa. SITI ZUBAIDAH AZIZ dan SHARKINA NABILA SAMSUDIN pula meraih tempat ke-3 dan ke-4 acara pentatlon.
Kesimpulannya, Sekolah Tun Fatimah telah meraih 29 pingat iaitu 8 pingat emas, 12 pingat perak dan 6 pingat gangsa dan pungutan pingat ini telah meletakkan Sekolah Tun Fatimah di tangga kedua keseluruhan kategori perempuan. SITI FARAH SAIFUL BAHARI pula telah dinobatkan sebagai PESERTA TERBAIK P18.

TAHNIAH!!!!!!!!!!!

No comments: