Friday, March 31, 2006

BOLA KERANJANG- SDAR JUARA DI ARENA SENDIRI

Sungai Gadut - 31 Mac 2006 SDAR berjaya menjadi Johan pertandingan Bola Keranjang MSSST (Majlis Sukan Sekolah Sekolah Seremban Timur) yang berlangsung selama dua hari di sini bagi dua kategori iaitu kategori bawah 15 dan 18 tahun.Musuh tradisi iaitu SMK Rantau berjaya ditewaskan oleh pasukan SDAR di peringkat akhir bagi kedua-dua kategori. Pasukan bola keranjang SDAR bawah 18 tahun yang baru sahaja berjaya menjadi Johan Zon Selatan Kejohanan Bola Keranjang SBP baru-baru ini menang dengan jaringan 55-30 manakala bawah 15 tahun pula menewaskan sekolah yang sama dengan jaringan 20-12.Ketua pasukan bawah 18 tahun, Saudara Muhammad Adib bin Mohd Taha amat gembira kerana berjaya menewaskan pasukan kuat seperti dari SMK Rantau dan bertarung dengan pemain-pemain berbangsa Cina yang lebih berpengalaman dan bersaiz tinggi.Pasukan di bawah penyeliaan Guru Penasihatnya, Encik Nordin bin Ahmad sekali lagi telah mengharumkan nama SDAR di Daerah Seremban khususnya. Permainan bola keranjang di SDAR telah mula bersinar dan pasti akan menempa zaman kegemilangan seperti suatu masa dahulu di era tahun 70 an.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

No comments: