Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol Batu Kikit telah terpilih sebagai tuan rumah Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Kali ke 27 yang akan diadakan pada 21 hingga 20 ogos 2006. Sehubungan dengan itu satu mesyyuarat JK Induk telah diadakan di bilik mesyuarat SBPI Jempol pada 3 Mac 2006. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Dangiran Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JAPIM itu telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Turut dalam mesyuarat tersebut ialah Tuan HJ Ali Dahlan, Pemangku Pengarah Bahagian Dakwah & Kepimpinan JAPIM, Hj Ahmad Zulfakor, Penolong Bahagian Dakwah & Kepimpinan JAPIM, Tn Hj Nor Azam Abdullah, Sektor SBP, Pengetua-pengetua serta wakil yang telah dilantik sebagai ahli jawatan kuasa induk.
Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan laporan penuh Nadwah kali ke 26 oleh GPK HEM SBPI Rawang, Pembentangan Kertas Kerja Nadwah kali ke 27 dan pembentangan Penyata Kewangan oleh Pengetua SBPI Jempol, Pn Hjh Rashidah Md Arif. Tema Nadwah pada kali ini yang telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat ialah " Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bestari". Mesyuarat juga turut membincangkan tentang pengisian program Nadwah sepanjang 4 hari tersebut, penceramah-penceramah yang akan dijemput untuk mengisi slot-slot yang tertentu serta pengisian program riadah dan kembara.
Tahun ini merupakan cabaran kepada SBPI Jempol selaku tuan rumah kerana tahun ini merupakan tahun pertama di mana satu modul khas akan sediakan dan diberikan kepada para peserta nadwah sebagai alat menilai kebekersanan program dan sejauh mana para peserta dapat mempraktikkan ilmu kepimpinan yang diterima sepanjang berkursus di sekolah masing-masing.
Kepada warga SBPI Jempol, selamat berusaha dengan gigih semoga Nadwah kali ke 27 ini dapat dijalankan dengan penuh gilang gemilang serta dapat mencapai hasrat yang diharapkan.
Dilaporkan oleh : Pn Siti Nor Bt Musa, GPK Kokurikulum SBPI Jempol.
No comments:
Post a Comment