Monday, April 26, 2010

2 Emas, 6 Perak dan 10 Gangsa dari Kontinjen Olahraga SMSS di Kejohanan Padang dan Balapan MSSWP Zon Pudu 2010


Kuala Lumpur- Kontinjen Olahraga SMSS telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 6 pingat perak dan 10 pingat gangsa dalam Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Zon Pudu yang telah diadakan pada 30 Mac 2010 hingga 2 Mac 2010 di Stadium Mini Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Khairul Aiman bin Hashim telah berjaya memenangi pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu Lempar Cakera dengan catatan baru dan sekaligus memecahkan rekod kejohanan. Sebutir emas lagi disumbangkan oleh kuartet lelaki 4 x 400m. Seramai 3 orang pelajar SMSS akan mewakili MSSWP Zon Pudu ke Kejohanan Padang dan Balapan MSSWP yang akan diadakan pada 3 hingga 6 Mei 2010 nanti.

No comments: